Sunday, October 21, 2012

Tentang kamu.aku.Dia =']


akhwat,

bila mana butir kata-kata tidak bisa terluah,
ku mau kau tau ...
diriku melihat dirimu dari jauh...
terasa seperti samar2 kelihatan...
kutau kau perlukan satu kekuatan dan satu pelukan erat2 untuk mengurangkan kegelisahan mu...
mengurangkan keletihan yang melanda dirimu..
ingin aja berlari memelukmu erat2..
membuatkan hatimu bisa berbunga kembali seperti saat kita mula-mula bertemu dahulu.. ='[

Ya Allah, smpaikan deru-deru angin kepadanya bahawa ku rindu sahabatku di sana...
kami pernah menangis, bergembira dan bercerita bersama...
tpi kini, aku hanya mampu melihat dia dari jauh..
jauh sekali.. ='[


rasa resah. mengenangkan org yang tersayang sepertinya terasa jauh sekali. pada mulanya merasakan bahawa diri ini sahaja yang terasa duri nya. namun, akhwat laen juga terasa. bukan diri ini sahaja. ='[

semalam Allah izin utk sama2 m'bedah' buku virus-vurus ukhwah karangan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah.

3 kekuatan umat islam:
iman
ukhwah
material

mencintai sesama mukmin dan mengikat tali ukhwah merupakan suatu perbuatan yg penting. Ukhwah ini apabila seseorang itu memahami bahawa hubungan bersaudara yang dikecapi bukan nya atas dasar materialistik semata- mata, tapi atas dasar Allah..

kerana ikatan persaudaraan muslim ini paling berharga yang pernah terbentuk sesama manusia.

"sesungguhnya org mukmin itu adalah bersaudara." (49:10)

"dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dlm hati mereka, sdg mereka merasa bersaudara, duduk berhadap-hadapan dipan-diapan." (15:47)


Allah lenyapkan segala dendam yang ada dalam diri dan Allah campakkan rasa kecintaan dalam hati orang-orang yang beriman. kelopak mataku panas. ada butir-butir air mata yang mengalir bila membaca buku ini. sangat2 merasaka bahawa hati ini perlu digilap lagi dek kerana karat-karat dosa yang melampau. ='[


aku berujar: ia adalah saudaraku
mereka bertanya: saudara dari kerabatmu?
kusahut: kemiripan adalah kekerabatan
bagiku, kekerabatan adalah idea, azam dan semangat
walau garis moyang kami jauh berbeda....

wahai akhwat, aku merindui semangat mu itu...azam mu yg kamu kongsikan bersamaku...untuk meninggikan himmahku kembali, melonjakkan diri ku untuk menjadi batu-bata yang terbina atas dasar kasihNya..aku syg kamu kerana Allah.. ='[


“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti
bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orangorang
yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling
mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku"






Wednesday, September 26, 2012

Death.Heaven.Me

Ya Allah,
kepalaku terasa pening sekali. 
Pagi tadi, ketika mencari-cari handsock romate yg dipinjam, 
kepalaku sudah mula berdenyut. 
Mungkin aku terlalu risau memikirkan barang pinjaman yg dipinjam.
rasanya ini kali pertama kepalaku terasa pening2, 
terasa juga sepertinya badan ini tiba-tiba hendak terjatuh ke bawah.
denyutannya malah makin menjadi-jadi dlm perjalan ku ke uni tadi


tiba-tiba hati terdetik, "eh, dah nak sampai ajal kah aku nie?kenapa tiba-tiba rasa tak sedap badan?" 


aku mulakan langkah ke uni dgn menghadam tazkirah kematian yg kurasa. Kematian sememangnya tidak mengenal masa,dan telah ditulis pun di Luh Mahfuz tarikh, masa dan kejadian yg akan berlaku ketika ajal menjengah. 
sama ada pengakhiran kita baik, ataupun tidak...semuanya merupakan refleksi kepada amal dan ibadah yang telah kita lakukan di 'sini'.


pernah diri ini terfikir, bagaimana pengakhiranku nanti, bagaimana tanggungjawabku dgn orang-orang disekeliling? baba. mama, adek bradik, sahabat2, dan orang2 laen yang tersayang tak kiralah walau di mana pun mereka berada. 


pernah terasa iri hati bila mendengar kisah sahabat-sahabat nabi saw seperti Bilal yg gemersik kakinya didengar Rasulullah saw dlm setiap mimpi malam baginda. Aishh diri, angan-angan melangit tinggi, tapi 'kerja' cikit. hik


ada satu ketika, seorang akhwat menulis dlm post fb, 


 " Membayangkan hari pertama di syurga.
Riang di hati tatkala pertama kali melihat wajah Allah..

Tersungkur sujud hati penuh rasa bahagia.. Kemudian
memandang Rasulullah dan para sahabat berjalan jalan di suatu sudut.. Terpaku, hati merasakan enigma kebahagiaan yang menderu deru. 
Memanggil satu persatu nama mereka yg dicintai lalu mereka
muncul di hadapan mata sebelum kerdipan yg pertama.. 










  Keriangan bermain dan bergembira di dalam taman syurga yang indah lagi mendamaikan.. Ucapan salam bertalu talu dihadiahkan..

Suasana yg sangat sangat indah.. 
Tuhan, izinkan kami kesana..
Kekampung halaman kami.. Tempat ayah kami Adam dan ibu
 Hawa pertama kali diciptakan..
Izinkan kami.. Sepertimana Kau anugerahkan kami dengan islam pada kali pertamanya..kurniakanlah kami dengan rahmatmu, syurga yang abadi.. " 


kelopak mataku terasa panas. Terasa satu ketenangan yg sangat2 menusuk kalbu tatkala membaca bait-bait ayat di atas. Tergambar keriangan wajah hamba Allah yg benar-benar ingin berlari menuju ke arah redhaanNya. hamba-hamba yg sanggup menggadaikan segala-galanya hanya utk Dia. 

baru-baru ini terasa sangat-sangat lemah. seperti level bateri 'semangatku' makin sedikit dan perlu d'charge semula. Allah, terasa diri ini makin menunjukkan 'belang2 emosi' yang tidak terkawal, membuatkan makin byk hati-hati lain terasa dgn tingkah laku sendiri dan makin juga terasa hati dengan yang laen T_T


bila memikirkan kisah mereka yang ku sayang, hati makin terasa sebak. mungkin ada lopong 'baldiku' yang belum tertampal, bak kata seorang akhwat.

Harapnya ketika ajal datang menjemputku, ketika itu...hatiku masih tertaut padaNya, masih ada bunga-bunga cinta bersama hambaNya dan aku bisa menjumpai mereka yang kurindui di sana.

Saturday, September 22, 2012

Up up to Broklynn Hill..

Hari ini kami mendaki bukit Broklynn. Teringat hasrat seorg akhwat yg ingin melihat kincir angin di mana kelibatnya dapat dilihat jauh nun daripada jendela rumahku.

Walaupun, diri ini bukanlah peminat dlm melakukan aktiviti 'outdoor' seperti mendaki bukit, ku kuatkan juga kaki ini melangkah kerana ku tau, ada ibrah yg boleh diperoleh ketika mendaki nanti. And alhamdulillah, Allah know the best. I got something throughout the journey. And my whole day untuk hari ini. =']

Pemandangan ketika berada di atas puncak

Kincir angin yang 'osem'

Akhwat tersayang.. =]

Subhanallah, pemadangan yang x dapat nak digambar dgn kata2. Sememangnya indera mata merupakan kamera yang terbaek. betapa setiap nikmat yang Allah berikan itu sangat2 bernilai sekiranya manusia sendiri merasai dan bersyukur dengan nikmat diberikan. sudah lama tidak merasai setiap detik keindahan iptaan Ilahi bersama akhwat yang tersayang.
Selesai mendaki, bersuka ria bersama dan sesi photo shoot, kami berkumpul beramai-ramai untuk bersama b'kongsi ibrah masing-masing. Salah seorang drpd kami berkongsi tentang kisah sebuah kincir angin bisa menjana kuasa untuk tujuh orang yang laen, teringat kisah dalam buku bagaimana menyentuh hati,


"kisah sebuah stesen jana kuasa yang boleh menjanakan kuasanya ke terminal-terminal eletrik yang laen. sekiranya stesen ini tidak menjanakan kuasanya, maka x sampailah kuasa eletrik tue kepada terminal-terminal eletrik yang laen.."

Seperti seorang murabbi, yang menjanakan kuasanya kepada mutarabbi yang laen. jika murabbi tue x janakan kuasanya, maka x sampailah dakwah tue kepada mutarrabi.
Malah ada juga yang berkongsi tentang ukhwah yang harus dipereratkan lagi sesama akhwat. mungkin kerana masing-masing sedang merasai kegersangan hati yang berlaku. Dan kurangnya aktiviti ukhwah bersama.Jadi, sepertinya masing-masing inginkan support sistem yg kuat untuk sama-sama berpegang tangan ke JannahNya. itulah bezanya ukhwah dan friendship. Bila mana seorang itu mengakui bahawa dia cintakan Allah dan Rasul, maka dengan sendirinya dia akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diri dan orang-orang disekelilingnya.

"tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.." 

"orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah yang Maha Penyayang akan menanamkan rasa kasih dan sayang ke dalam hati mereka.."

Betullah kata orang yang; seharusnya ayat peringatan ini harus diulang-ulang supaya sebati dengan kehidupan seharian. Kami juga berkongsi mengenai cara-cara untuk lebih membasahkan hati. hati ini sangat-sangat fergile malah lebih fergile daripada kaca. kalau x sentiasa dicuci, dan digilap....makin menjadi-jadi masalah diri yang dialami. ketika turun dari bukit, kami berkongsi lagi. masing-masing menyatakan konklusi bahawa permasalah diri yang berlaku, kerana ada masalah hati antara manusia dengan Allah sendiri. 




ketika pulang ke rumah,malam tadi,sewaktu sibuk mencari-cari video yang boleh d'download sebagai makanan roh dan hati, seorang akhwat berkongsi sebuah blog yang menjadi antara 'Favorite' akhwat tersebut blog untuk dibaca. Alhamdulillah, Allah izin untukku membaca setiap bait-bait indah yang dilakarkan dlm blog penulis tersebut...



aku terkedu. 


wahai diri, teliti kembali sejauh mana hubunganmu dengan Dia? masih punya lopong-lopong yang perlu diisi lagi. kan Allah dah pujuk dalam ayat-ayatNya yang Dia selalu ada bersama?


"Bukankah Dia(Allah) yang menciptakan langit dan bumi yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang terpandang indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (daripada kebenaran)"



"Bukankah Dia (Allah) yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam,yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya,yang menjadikan gunung-gunung untuk mengokohkannya dan yang menjadikan suatu pemisah antara dua laut?Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui."



"Bukankah Dia(Allah) yang memperkenankan (doa) orang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu(manusia) sebagai khalifah(pemimpin) di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."



"Bukankah Dia(Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) ratmatNya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Mahatinggi Allah terhadap apa yang mereka bersekutukan." 

An-Naml: 60-63



Allah ajarkan Rasulullah saw dan terus mengajarkan manusia untuk bertawakkal kepadaNya, yang punya kuasa untuk segalanya. Memang jika kita berseorangan kita tidak mampu, tapi dengan Allah di sisi, kita mampu menghadapi setiap masalah yang dihadapi =']

setiap kesakitan dan ujian itu ada penawarnya. Ubatnya, pulang semula kepada Allah...mungkin kerana masalah hati yang berterusan membuatkan malah-masalah lain juga timbul. moga Allah terus membiarkan hati ini basah agar bisa membasahkan hati-hati yang laen juga.
Jazakunallah hu khairan kaseera akhwat buat setiap detik-detik manis untuk hari ini. Wallahu'alam








Sunday, July 29, 2012

kamu ada Dia..

Kubaca pesanan ringkas yg kuterima drpd seorg sister Di Malaysia;

"Waalaikumslm...insya Allah...Allah dan rasul xpernah mengecewakan..janji Allah tu pasti. Hakikatnya apa yg dah kita infaqkan pada jalan ni dah pon berada kt syurga...harta2 yg menunggu kita di syurga. Allah kan x tgk hasil, Allah tgk usaha. Bila rasa down, cukup la janji Allah jadi penambah semangat ...kemenangan tu milik hamba2Nya yg sabar....chayok!"


Pembakar semangat yg kuterima drpd seorang ukhti yg tidak henti2 mengajarku erti menjadi seorg hamba. Buat diriku yang masih lagi belajar dan bertatih dlm melaksanakan amanat daripada Sang Pencipta.

sgt2 terharu tatkala diriku membaca setiap bait ayat2 yang ditulis oleh ukhti, sgt2 menusuk jiwa...
ku pesan pada diriku;

wahai jiwa yg bergelar Daie,
ku tau...kamu berada dlm kegelisahan,
dlm kegusaran tatkala ingin menjalankan perintahNya,
merasakan kekurangan dlm segenap penjuru dirimu,

tapi

wahai jiwa yg bergelar Daie,
kuatkanlah tekadmu...pasakkanlah langkah mu tatkala dirimu dikerumuni bisikan2 sebegitu
kerana ku mahu kau tahu bahawa,
Dia sentiasa bersamamu...
memudahkan urusanmu...
'memeluk' dirimu erat2 dikala kamu kegelisahan..
memberi pelindungan dan janji bahawa tiap2 yg berlaku pada dirimu,
ada suatu balasan yg indah menanti...

Wahai jiwa yg bergelar Daie,
bersabarlah bila mana dirimu diuji,
mana mungkin urusan membina manusia ini mudah?
mana mungkin islam dpt tertegak dlm jiwa manusia dgn hanya pada pertemuan yg pertama?
bersabarlah...bersabarlah dlm meneruskan urusan Rasulmu..

wahai jiwa yg bergelar Daie,
ikhlaskanlah dirimu, ikhlaskanlah dirimu, ikhlaskanlah dirimu
kerana setiap jiwa yg kehausan kasih sayang itu,
memerlukan seorg Daie yg benar2 ikhlas dlm menjalankan perintahnya,
seorg Daie yg tidak pernah berputus asa,
seorg Daie yg bisa memaniskan muka,
seorg Daie yg bisa menyejukkan mata,
dan seorg Daie yg tidak pernah merasakan bahawa setiap apa yg diperoleh adalah menjadi bebanan yg berat buatnya...
kerana kamu ada Dia =']









Thursday, June 21, 2012

mencari secebis kekuatan....

Hari ini sebenarnya diseliputi dgn perasaan yg sebak sgt2. Entah. Diriku terasa seperti sgt2 tidak tentu arah mengenangkan setiap janjiku kpd Dia. Ya Allah, sgt2 byk yg belum terlunas dan belum terlaksana....hanya banyak dgn angan2 kosong yg bisa kukira hanya sekadar utk menyenangkan diriku sendiri.

Berehat seketika utk menghirup udara sekadar dgn niat hanya utk mengurangkan rasa ngantuk pada diri. Terdetik hati utk menekan huruf2 pada 'keyboard' laptop pinjaman dari perpustakaan di sini. Ku taip perkataan 'islam' pada ruang search di youtube. Video yg menarik hatiku, How bible lead me to islam...

sgt2 tersentuh tatkala mendengar kisah brother di Amerika ini. Terasa bila mana kulihat setiap usaha yg dibuat utk mencari Sang Pencipta. Pencariannya dlm setiap dimensi agama yg berbeza-beza; agama Buddha, Hindu, Confusius, Nihilism dan byk lg...  teringang di mindaku soalan yg ditanya dlm setiap agama,

" Do u have 'the book'?" 

kitab yg bisa mguatkan lg pegangannya utk mencari agama yg sebenar. Alhmdulillah, hidayah dtg menjemput nya tatkala diri dibuai dgn persoalan yg membuak-buak. Dia kagum melihat setiap ayat2 dalam al-quran...Brother itu menyampaikan juga amanat yg kukira, mengentap diriku juga di sini. Mengenai kisah menjelajahannya ke seluruh dunia utk menceritakan kisah nya kepada semua. bukan hanya pada saudara seislam. tetapi pada orang-orang yg masih lg belum memeluk islam. orang2 yg masih lg asyik dgn dunia mereka sendiri. Amanah mengenai, kebenaran islam yg telah kita peroleh di bumi Allah ini.

Aku juga islam. tetapi, sejauh mana diri ini telah mengakui keislamanku di sini? sejauh mana tanggungjawabku telah terlaksana? Sejauh mana jiwa2 manusia di sini bisaku islamkan? Hanya kerana egoku yg tidak dpt kutepis...Aku telah membunuh banyak jiwa2 yg meronta memerlukan pertolongan. Teringat kisah nabi dan para sahabat yg tidak henti-henti menyebarkan risalah Agung. memikirkan masalah umat dlm setiap detik dan jiwa mereka... mengorbankan diri, masa dan semuanya utk islam. bahkan Rasulullah saw hanya tidur selama 3 jam shj setiap hari... sedangkan diriku, terlebih-lebih dlm setiap perkara...

Ya Allah... hanya linangan air mata yg mengiringi setiap detik saat pada ketika ini. memikirkan, usaha ku yg hanya sedikit... memikirkan betapa ramai umat islam yg juga msih mencari-cari islam dlm diri mereka juga tidak terkira, inikan pula orang-orang yg tidak seaqidah dgnku yg laen... Moga Allah pemimpin setiap hatiku, dan hati2 saudara2ku yg juga bersama dlm menjadi batu2 kecil utk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Moga Allah berikan kekuatan... =']  






Tuesday, June 19, 2012

Exam mood

Alhamdulillah... Allah izinkan jari-jemari ini utk menari-nari meluahkan kata-kata,
dan Allah izin kan juga diri ini utk masih lagi bernafas menghirup segala nikmat2 di bumi atas nama abid dan khalifah..

manis dan pahitnya segala yg diberikan itu jua adalah nikmat spy ianya dpt meninggikan darjat kita utk menjadi hmbaNya yg lebih bersyukur. Insya Allah.. =]

sekadar ingin b'kongsi sebuah hadis yg mungkin saya kira sgt2 t'kesan buat diri tatkala mgu exam makin menjengah....masing2 sibuk dgn urusan. Haranpya setiap usaha ini bisa menjadi saksi dihadapan Nya dan juga dikira sbg ibadah.

daripada Ibnu Umar r.a b'kata, " Rasulullah saw memegang bahu seraya b'sabda, 'jadilah engkau di dunia ini seperti org asing atau pengembara.' Ibnu Umar b'kata , 'Jika kamu berada di wkt petang, jgnlah menunggu wktnya pagi. Dan jika kamu berada di wkt pagi, jgnlah menunggu sampainya wkt petang. Gunakanlah wkt sehatmu untuk masa sakitmu, dan masa hidupmu utk masa kematianmu." (HR Muslim- hadis 42)

sgt2 t'kesan dgn ayat 'sekiranya kamu di wkt petang, jgnlah menunggu wktnya pagi.'Di wkt usia muda inilah, jiwa2 kita sgt2 diperlukan utk diperdagangkan di atas jalanNya. Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi, Mus'Ab bin Umair, Zaid bin Harithah dan byk lg sahabat laen masing2 menjadikan masa muda mereka sebagai taruhan. mereka berusaha tanpa melihat kepada perkara yg akan berlaku selepas itu. Mereka melakukan nya atas dasar cinta dan perasaan tnpa ragu kepada Nya. Kerana, mereka yakin dgn janjiNya,

" Wahai org2 yg b'iman! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yg dpt menyelamatkan kamu drpd azab yg pedih? iaitu kamu b'iman kepada Allah dan rasulNya dan b'jihad di jalan Allah dgn harta dan jiwamu.Itulah yg lbh baik bagi kamu jika kamu mengetahui.." as-saff:10-11

oleh kerana itu, mereka All-out sehabis mungkin kerana mereka mengetahui bahwa Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Dan saya kira, konsep ini seharusnya digunakan juga oleh kita, kerana ia tidak hanya untuk sahabat2 nabi yg 'terdahulu. Kita juga seharusnya All-out sehabis mungkin dlm apa jua ibadah yg dilakukan yakni dlm berdakwah dan juga dlm menuntut ilmu pengetahuan. Gunakanlah masa muda ini sehabis mungkin utk mencari keredhaanNya. Setiap kepayahan hidup yg diharungi dlm menggapai matlamat yg ditujui sememangnya menguji. tpi, ingatlah bahawa Allah tidak akan membebani hambanya melebihi kesanggupan diri dan Allah berikan kesenangan sesudah kesusahan yg diperoleh...

'Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai melakukan sesuatu, maka lakukanlah pekerjaa laen dgn b'sungguh-sungguh. Dan kepada tuhanmulah kamu berharap.." 94: 5-8



Pernah juga terdetik perasaan cemburu melihat sahabat2 yg masing2 berlari menuju redhaNya, hinggakan diri ini terlupa bahawa study juga merupakan antara salah satu drpd jihad kecil yg dpt dilakukan. tpi, study ini bukanlah segalanya-galanya, kerana kita punya matlamat laen yg lebih didambakan.....kerana takut-takut study itu mengatasi yg laen   =]

Thursday, May 10, 2012

kamu, bintangku...

wahai bintang,
ingin ku kisarkn satu cerita...
kisah ttg dirimu,
yg sgt menyinar b'bnding bintang-bintang yg pernah ku lihat sblm ini..
malah sinaranmu membuatkan aku sendiri t'paku..

wahai bintang,
jujur diri ini katakn di sini,
bahawa kamu sgt menyinari hari2 ku..
hinggakan sinaran mu membuatkn aku tersenyum dlm hari2 ku..
bahkan air mataku jg berjuraian tatkala mengingatimu...
kerana mungkin aku sedang menyayangimu lbh drpd diriku sendiri...

wahai bintang,
teruslah bersinar lebih terang secantik bintang2 yg pernah kau sanjungi...
aku tidak pernah meragui sinaranmu kerana engkau istimewa buatku...
aku cma mahu kau tahu yg aku b'sama mu..
dan tidak lebih dari itu..
teruskan bersinar wahai bintang...
kerana aku bersamamu, selalu... <3


Alhamdulillah,
Allah berikan peluang sekali lg utk mengenalimu dgn lebih dekat,
Allah berikan peluang utk dirimu mengenaliNya dgn lebih erat.
Sgt2 t'haru melihat dirimu yg begitu berusaha utk mencari redha Sang Penciptamu.
Teruskanlah melangkah walaupun badai dan onak sememangnya akan menghiasi jln2 hidupmu... Sayang kamu kerana Allah. =']








Tuesday, May 8, 2012

jom bina diri.

" Anda adalah murabbi untuk diri anda sendiri.."

Bagai mana anda punya angan2 yang melangit tinggi utk org laen..
mimpikan juga seperti itu utk diri anda sendiri..
jgn hnya meletakkan matlamat yg menggunung tinggi utk org laen,
hinggakn kita lupa bhw diri juga perlu diisi, diper'elok' , dan di'tarbiah' sepanjang masa.. yoshhh!!

Thursday, March 29, 2012

GM2J..

Global March to Jerusalem 2012. 

kami mulakan hari ini dgn perakan GM2J, bersama-sama local people yg laen. New Zealand merupakan negara yg pertama memulakan acara ini dek kerana terbitnya matahari bermula dari sini. Perasaan yg bercampur bila di hadapan embassy israel tadi. terharu dan sangat2 terasa jg bila mana yg 'kuat' bersuara d sini adalah org2 'kiwi' tue sendiri. Mereka bersusah pyh mewujudkan satu kelab utk menyemarakkan kesedaran mengenai rakyat2 Palestine yg sedang ditindas.  

Bagai mana pula dgn kita sebagai muslim? kita merupakan saudara seagama dgn mereka (the Palestinian). Apa yg telah kita lakukan demi mempertahankan martabat saudara kita sendiri? masing2 hanya b'gembira dgn angan2 buatan kita sndiri.. di merata-rata, hiburan bermaharajalela hingga kan kita bagaikan 'high' walaupon tidak d'inject' dgn dadah. Mana pergi kita? Mana pergi kita? Mana pergi kita?  =[

wahai saudara s'muslim!!!...
kita bkn hanya perlu b'solat, b'puasa pada bulan ramadhan, menunaikan haji dan b'zakat. 
but we should care about them..

sabda Rasulullah s.a.w, "Tidak sempurna iman seseorg itu selagi mana dia tidak menyayangi saudara islamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.." hadith 13


activist2 utk Palestine

usia bukan penghalang utk dia b'suara.
Anda pula bagaimana?

wakil pelajar2 muslim...


kisah mereka, kisah kita juga...pedih mereka, pedih kita jga.
Allahuakbar!!!


walaupon hanya seketika..
tapi kerinduan kepada MEREKA sgt2 terasa..
smoga Allah mempermudahkan urusan adk brdikku di sana.. =']

Sunday, March 25, 2012

Netball lense moment...=]

Netball match ~ netball match~
go!go!go!

Alhamdulillah...
setelah sekian lama x b'sukan,
Allah beri peluang utk sy n akhwat2 laen utk maen netball sama2.
Kredit utk 'Atin' yg sudi utk ajrkan kami td...........
b'sungguh-sungguh dia ajar.......
smoga Allah merahmati usaha coach kmi, aminn..(^__^)V


Mmg agak kekok sbb inilah kali p'tama sy maen netball secara 'proper'...
dgn penukaran posisi dlm setiap match, WA.....WD.....GD.....
heee, mmg agk pening dgn rules yg telah ditetapkan..
tpi alhmdulillah, pengalaman yg best utk dicoret dlm diari 2012 nie..


b'sungguh-sungguh akhwat2 laen b'maen..
kagum dgn setiap usaha mrk......
sebabbb.. ad akhwat yg fobia dgn bola, n ad jgk yg bru mula bermain (sprt sy)........



Emm...
tiba2 terasa, setiap apa yg Allah berikan........
pasti ada ibrah disebaliknya kan?
Jadi, Allah beri peluang utk diri ini belajar sesuatu yg berharga melalui game tue..n share dgn awk2 suma..

cba pejamkan mata masing2...
bayangkan GAME tue sbg satu perjalanan hidup awak2 yg singkat nie,

'shoot score' =matlamat
'team sendiri'= pertolongan yg diperoleh
'team lawan'=ujian2 yg dtg
'bola'= tanggungjwb yg perlu digalas sewkt hidup..(2:30, 51:56)
'masa game'= usia yg singkat
'diri sendiri'= hmba di muka bumi

bila berada dlm match court,
dan melihat 'team lawan' yg mantap2..
hati ini sgt2 terasa gementar tatkala wisel dibunyikan utk memulakan permainan.
terasa juga utk mengundurkan diri pd awl permainan td.....
tapi memandangkan permainan telah pon dimulakan...
dan melihat akhwat2 laen b'main dgn b'sungguh-sungguh..
terdetik bahawa 'aku juga punya tanggungjwb seperti mrk..'

Emm...
pabila dikaitkan dgn hidup sbg seorg hmba..
sgt terasa 'ujian' yg diberikan olehNya itu bisa aja membuatkan hati goyah tatkala cinta padaNya b'kurang..
terasa lemah dan tidak b'maya...
padahal sptutnya seorg hmba itu b'gmbira bila mna ujian dtg pdnya,
ujian yg menandakan bhw Allah itu dekat dengannya.. ='[

bila kedua tangan ini menerima 'bola'..
sgt2 terasa ketika 'bola' itu dibaling kepada teammates,
utk mnghasilkan satu 'shoot score'....
terasa satu tanggungjwb yg besar harus dipikul....
seperti tanggungjwb kita dlm menaikkan semula agama islam itu sendiri..
sedikit kelalaian membuatkan kita lari drpd landasan yg sbnr..
lemah kita b'makna lemahlah islam tue sendiri...
kerana kitalah merupakan batu-bata utk kemenangan islam tue..

bila mna langkah terasa lemah, Allah akan berikan kemudahan..
Allah hntar kan 'team kita' utk membantu menjayakan setiap goal shoot tue..
kan Allah da b'janji pada setiap kesusahan itu ada kemudahan?
Allah akan makbulkan setiap rintihan n permudahkan setiap kesulitan yg b'laku...=']


 “Dan apabila hmba2 Ku b'tanya kpdmu(Muhammad) ttg Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.. Aku kabulkan p'mohonan org yg b'doa apabila dia b'doa kpdKu. hendaklah mrk itu mematuhi perintahKu dan beriman kpdKu agr mrk mmperoleh kebenaran..." al-Baqarah:186 

menjayakan setiap 'shoot score' itu seharusnya dtg drpd hasil n usaha semua..
bukan hanya terletak pda seorg shj tpi semua secara keseluruhan...


Kesimpulannya, harap netball match ini bkn hanya match utk happy2 semata-mata,
tpi dpt memberikan ibrah juga utk semua..(^___^)V

Monday, March 19, 2012

Math~ oh Math~

Pernah jwb soalan math? (^____^)




Emmm..
Utk dptkn satu jwpn 'math' yg osem....
masing2 akn ad cara jwp yg t'sendiri. kan?kan?
Ada yg lukis buah comel2 utk solve tht question..






ada yg guna lidi satay utk kira..






ada yg guna jari tangan la...




ada plak yg hafal sifir utk tau jwpn tue..




tpi Insya Allah, apart from cara kerja kita yg berbeza,
masing2 will end up having the same answer for tht question..
tapi oleh kerana setiap drpd kita p'caya yg cara jwp kita la yg plg osemmm...
kita mst la nak semua org tau cara jwp kita...


n nak diorg rsa , "Eh, senang la plak nak bt soalan nie guna cara engkau,bess oo.."


tapi kadang2 ada org rsa jln kerja dia btol..
n dia nak stick dgn cara kerja dia tue...
Jadi, boleh sajaaa, just go on...x salah pn..=]
klu dia selesa dgn cara dia....


SEBAB we will end up dpt JAWAPAN YG SAMA..


Emm, critical thinking utk KITA...did u get what i mean? =]

Friday, March 2, 2012

uhibbufillah... =]

"Klu Allah b'kehendak, Dia akn turunkn rsa ksh n syg kpd hmba2 Nya..sbb tue when we meet someone, kdang2 rsa mcm rapat sgggt...mcm dah kenal lama, smpai   'we'   akn snggup utk m'lbhkn   'someone'   tue b'bnding dirinya sndiri..."

miss u


Do u know what's the meaning of 'tautan hati'?
It is reallly unexplainable as u just dont really know how to describe it in a very simple way
but yet u can still feel it with ur heart...
and that's how i feel...


she is.....
a very warm lady that i have met...
who is always be my guardian all the time...
 I miss her so much because of Allah n I really want my 'adek' to feel the same when they are with me..

hebat kn penangan cinta b'ukhwah tue?
be with her buat kn sy rsa seperti hidup dgn Dia, kerana Dia n b'sama Dia..

she reminds me about Him, not him..
she always be with me wherever i go n stay with me whenever i need some one to talk to..


bila pikir balek....Allah mmg sgt2 sweet, sbb hanya dgn izin Allah shj hati-hati yg keras nie akn tertaut...
hati-hati yg mmg Allah dh pilih utk kenal Dia dgn lebih dkt...
n tue yg bt sy lagi t'haruuuu.... ='] 




Wednesday, February 22, 2012

saya bdk usrah (^___^)

Yer, saya bdk usrah n.... saya sgt menyukai 'circle'lan gumbira saya. Alhamdulillah, Allah izinkan hati,jiwa dan roh saya utk ditarbiah melalui usrah. 

Walaubagaimana pun, sy juga akui bhw 'islam tue kan menyeluruh...bkn hanya pda usrah semata-mata'. Byk wasilah, yakni cara laen yg juga  ble digunakan utk mendidik jiwa manusia, seperti kelas agama, forum perdana dan lain2. Setiap org punya cara yg t'sendiri.

knapa saya kata begitu?

 kerana, ada juga org yg t'sentuh hatinya ketika mendengar al-kuliyyah terbitan tv3, ada juga org yg menitiskan air mata kerana t'kesan dgn kata2 drpd penceramah dan ada juga org yg mengambil keputusan utk bertukar 180' to someone better bila mendengar ikim.fm.... Alhamdulillah.


tapi kan,

 what will happen to those yg x pernah t'kesan dgn program2 nie?
yg x pernah ada kawan baik utk sama2 memimpin tangan mereka ke arah kebenaran?
 kita kena tau yg bukan semua org akan rasa 'baek' utk mendengar kebaikan nie. 

kesian la dkt bdk2 'nakal' yg x pernah pon t'lintas nak dengar ceramah dan bende2 baek nie. 
Org2 yg masih merasakan bhw dunia ini adalah segala-galanya utk mereka. Mcm saya. Siapa nak cater kami nie?hehe...sbb tue la ada usrah..

t'ringat kisah akhwat2 yg wkt jahiliyyahnya digunakan utk pergi ke kelab malam, b'joli yg x henti2, b'tukar-tukar teman lelaki, memuja trend 'gothic', yg mencederakan diri sendiri kerana masalah yg dihadapi dan byk lg. sekiranya tiada org yg menyampaikan kebenaran kpd mereka, siapa lg? 
sbb tue datangnya perkataan 'dakwah' ataupon melakukan kebaikan seperti menyampaikan walaupon sepotong ayat dan meninggalkan keburukan dlm kehidupan seharian.

*bila sebut dakwah jee, suma org takot,org ckp kita extreme la..tpi bila ckp bt kebaikan n tigglkan kejahatan tue okay plak...apa hal sebenarnya makna sama saja.. -_- #




sbb tue ramai org yg nak sampaikan 'dakwah' tue...n one of the example is through usrah. (^__^)

jadi apa reasons laen saya pilih usrah?

sbb dlm usrah, saya rasa rapat seperti berada dlm keluarga saya sendiri. my usrahmate, masing2 juga sedang b'usaha utk mencari redha Allah.  Utk merasa n melatih diri menjadi seorg hmba yg b'syukur. Bila iman sy turun, akan ada someone to help lifting my iman up, recharge it again n again. Melalui usrah juga, sy kenal apa itu tujuan hidup saya, matlamat hidup dan apa yg perlu saya lakukan di atas bumi Allah ini. 

 n sebelum ini, sy hanya bc Al-Quran yg sy xtau pon apa makna setiap ayat2 dlm each surah, just bc n x t'kesan pon dlm hati. Tapi, sekarang, saya dpt rsa yg Al-Quran nie merupakan novel plg romantik dan bukan hanya bacaan semata-mata utk mendapat pahala.

saya sgt t'kesan dgn kata2 seorg akhwat nie,

" Adakah klu Allah x ciptakan syurga n neraka, kita akan tunduk dan patuh kepadaNya? "

(gulp...t'diam smbl menelan air liur)

"Jgn hanya mengharapkan balasan syurga dan pahala, tpi redha Allah tue yg pntg. Mmg manusia tue sukakan ganjaran, tpi sedey la klu kita bt semata-mata nak dpt ganjaran tue. klu kita tau org buat baek dgn kita sbb dia nak duit(ganjaran) dari kita? apa kita rasa? mst rasa 'fake' sgt kann..."

sbb tue, Nabi saw b'dakwah, sampaikan kpd umatnya mengenai kefahaman islam. Nabi buat semua semata-mata utk cri redha Allah;
bukti, hebahan besar-besaran di bukit safa' , usrah di rumah al-arqam bin abi arqam, n jumpa one to one dgn org yakni kisah baginda saw b'sama Abdullah bin Abu Maqtum. 
Sbb apa? 
sbb nak sampaikan n nak didik jiwa manusia tue sampai dia terkesan dan akhlaknya seiring dgn al-quran dgn izin Allah. klu tidak kerana hati 313 org yg memeluk islam di mekah ini t'kesan dgn apa yg baginda sampaikan, mustahil 124 000 (estimated) org madinah memeluk agama islam. (^___^)



Jadi,
kenapa saya pilih usrah juga adalah kerana...
melalui tarbiyyah yg diperoleh sepanjang usrah, 
membuatkan saya lebih 'izzah' dgn agama yg saya sedang anuti nie...
dan dengan rasa 'izzah' ini. saya tabahkan hati n melangkah utk menyebarkan rasa besnya islam ini utk org laen juga.. =]

 kadang2 saya agak hairan bila memikirkan situasi di Malaysia......
mmg kita ada majlis ilmu, program tv , ceramah, kem motivasi n laen2..
tpi, ada x penceramah tue btol2 tanya apa yg kita t'kesan dgn apa yg dia bg?
ada x dia cater kta sampai kita 'faham' dan bukan hanya 'tahu' ? 
n bila kita t'kesan, ada x kita rasa nak sampaikan kpd org laen? xkan kita nak baek sorg2 je? tngok sahabat2 dulu,
baginda x paksa sahabat2 utk b'dakwah, tpi oleh kerana sahabat2 rasa islam nie indah, mereka cb sampaikan kpd org laen...=]


sbb tue la, emm.... nak ajak jgk suma org sama2 b'fikir..
knapa byk majlis ilmu mcm nie dkt Malaysia, 
tpi kenapa ramai org islam yg masih x amalkan ajaran islam tue?
masing2 buat keja masing2...hidup mcm robot..bt keja yg sama ari2...
knapa umat sekarang x rasa izzah utk sampaikn islam ini kpd org laen?knapa?

sy rasa mungkin krn masing2 telah disebukkan dgn nikmat dunia, 
higgakan kita lupa tujuan hidup kita di sini.
jom refersh balek... ayat 2:30, 51:56...
iaitu peranan kita sbg abid dan khalifah itu sendiri...

jadi.... sy jdikan usrah sbg method utk sy ajak kwn2 sy kenal n faham islam dgn lbh dekat .. ini juga salah satu medan utk saya sampaikan kpd org disekeliling saya. 
supaya,  x nak masing2 dkt akhirat kelak, akan salahkn one another sbb saya x jga sesama adek bradek se'islam saya btol2. Nau'zubillah.....

*tapi, jgn la awk2 rasa fobia pulak...again awk x akan keseorangan. klu kita rasa susah, akan ada   org yang sama2 jgk memimpin tngan kita utk mengharungi jln nie. Semua org ada tanggungjawab masing2...n ini bukan hanya t'letak pada ustaz n ustazah..sgt la mitos kenyataan ini.. -_- #

Namun, again, ada ja org rasa usrah tue x ble applied to all... klu awk rasa t'kesan n rasa tanggungjwb as a mukmin yg x settle lg tue melalui wasilah laen, it will also be great. 
saya jg join majlis ilmu, n belajar utk menghayati setiap aktiviti yg mendekatkan diri saya dgn Allah slps sy join usrah...

Jadie...
Carilah Allah menggunakan apa2 jua wasilah n pilihlah wasilah yg t'baek utk diri. Ini wasilah t'baek yg saya cuba, iaitu usrah.. =]








Thursday, February 9, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya 'Hari Jumaat' !!! =]

Hari Jumaat,
hari di mana pintu syurga terbuka...

Dan juga bakalnya 'Yaumul Qiyamah' berlaku..

Hari ini juga para khatib akan memulakan bicaranya ketika khutbah jumaat nnt...emm,
sy terkesan dgn kata penyampai, "Lau Ka Na Bainana, tv al-hijrah", mengenai khutbah jumaat mingguan


teringat ketika pada satu masa dulu, sy bertanya kpd adek lelaki mengenai khutbah jumaat yg diperdengarkan. adek mnjwb,


"Emm, tok imam ckp pasai makanan sihat......lpaih tue apa tah" 

sy b'tnya lagi kpd adek,

"Q tidoq ka time tok imam bg khutbah jumaat?haahhhh....tidoqqqq"

"x aih mna Q tidoq, Q dngq la..."

huuih, sedikit pon khutbah tue x memberi kesan. Hari nie, umat islam hanya mndengar khutbah jumaat sekadar utk 'melepaskan tanggungjwb' yg wjb. Jadi, perkara nie perlu diubah dgn segera!!! (-______-)*

sy sggggggt bersetuju dgn kata2 dari program tv tue, ada beberapa cadangan yg t'baeeeeeeek diutarakan, 



1. para khatib dimohon untuk tidak sekadar membaca khutbah jumaat menerusi TEKS,(klu nak tgk pn ckit2 la, bwk nota kcil)


sedey bila kadang2 teks yg disampaikan x begitu kena dgn masalah umat ketika tue. bila teks yg dibacakan hasil drpd nukilan org laen. 'Feel' utk membaca teks tue, mst laen.....

Pernah ada ustaz ckp, "apa yg disampaikan merusi hati klu ikhlas, InsyaAllah akn smpai kpd pembaca"

teguran pon x semestinya sinis kan? tegurlah dgn cara yg baek..mcm Rasulullah s.a.w bt dlu. fitrah manusia kan sukakan kpd kebaikan....Insylh, klu betul yg mndengar khutbah mencari, mst Allah permudahkan jln utk kenal DIA dgn lbh dekat...jadi, x kn ad makmum2 yg ngantuk2 dan x dapat nak catch up lg... (^____^)




2. x salah sekiranya khatib menggunakan peralatan moden seperti laptop, powerpoint, short videos, n 'sewaktu dgnya'...Dunia kn da moden. =]

 bila mna pengacara tue ckp mcm nie, aku teringatkan video2 psal 'adek-beradek kita diseberang' ; Palestin, Libya,Syria, Iraq dan Afrika yg diuji Allah dgn sehebat-hebatnya. Xkn la bila tgk video nie makmum2 xrsa ap2?mungkin ini juga cara yg bagus utk mengelakkan makmum2 drpd tertidoq...igtkn pemuda pemudi islam mengenai ketandusan akhlak dan ketenatan umat yg mereka mungkin t'lupa....biar buka mata ckit! =]



3. khutbah jumaat boleh dijadikan medan sebagai untuk memperbaiki masalah sosial daerah, mngikut kwasan 

betul2!! suka jgk dgn idea nie,  khatib2 atau imam2 ble turun padang untuk sama2 bertanya apa masalah umat yg berlaku, cth dating2, lumba haram,judi, dadah n etc.... dlm kata yg lbh senang lg, jdilah pendidik yg mendidik makmum2 dgn kasih syg. sy juga manusia biasa dan saya juga suka bila org igtkan sy mngenai tanggungjwb yg sy lupa....


       harapnya mungkin ini idea2 yg boleh dishare kpd khatib2 di sana, tpi kita sbgai yg mendengar juga kna peka...bwk la note kck ataupn apa2 yg ble kita refer ttg khutbah jumaat pada mggu tue...harapnya impian nie boleh jadi kenyataan dengan usaha daripada semua......Walahu'alam.



enjoy the nasyeeeed!! 

Ukhwah! Ukhwah! Ukhwah! =]

"Ukhwah itu bagaikan seutas tasbih, ada awal tapi tiada penghujung"

suka sgt dgn ayat nie. Bila mna ukhwah itu diibaratkan seperti tasbih, ini mngingatkan aku mengenai susunan tasbih yg juga dekat antara satu sama laen. ikatan 'benang'= aqidah yg sama membuatkan masing2 sama terikat antara satu sama laen. tidak ada yg terputus melaenkan jika 'benang' itu dipotong...  <3

jap2, jom layan nasyid nie dlu...


hari ini terbaca satu post daripada seorg ukhti,
#SharingHariIni
Beberapa punca masalah ukhuwwah adalah :
1) Terlalu cepat buat assumption terhadap tindakan satu sama lain.
2) Terlalu banyak meletakkan expectation yang tinggi-tinggi kepada orang lain.
3) Kurang komunikasi secara bersemuka (this often leads to the first masalah).
4) Kurang bijak deal dengan perbezaan pendapat.
Emm...sgt2 tersetap bila membaca post ini, takut jika ada berlaku masalah ini secara tidak sengaja. Apa khabar suma?sihat x?apa kabar iman hari nie?

Dek kerana, urusan hari2, masing2 cbuk hinggakan kadang2 aku juga akui sudah lama tidak bertegur sapa dgn yg laen. (tpi tau ja msing2 pnya matlamat yg sama an (",) )

Ada sister share wkt di kmb dlu,

"klu kita ada masalah dgn manusia, mst ad smthng wrong somewhere hubungan kita dgn Allah..cba check mutaba'ah amal masing"

hurm...(-_____-)* dush!dush!


tapi bila fikir balek....knapa berlaku masalah hati nie? nie mst sbb syaitan suka nak cucuk2 rijal2 yg nak mengejar redhaDia an. Jgn dek kerana assumption yg kurg jelas membuatkan kita lupa yg byk kerja lagi yg perlu kita lakukan. ingatkan diri kembali sgt2 manis bersama.tidak perlu bertelagah kerana perkara kecik. kemaafan itu penting kan? dan yang lebih penting, mohonlah redhaNya dlm setiap urusan yg dilakukan....takut2 terlari drpd landasan.

refresh balek kata2 drpd as-syahid imam hassan al-banna,
 "Aku membayangkan almujahid itu,
sebagai seorg yg sentiasa membuat persiapan,
menyediakan bekalan,
berupaya menguasai fikiran yg memenuhi setiap sudut jiwa
dan segenap jurusan hatinya,
Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap persiapan terus menerus,
apabila diseru dia menyahut,
apabila dipanggil dia menjawab,
pulang dan perginya,
prkataan dan bicaranya,
kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yg disediakan utknya,
dia tidak mengambil tugas selain yg diletakkan atau dituntut ke atasnya,
dia berjihad di jalannya,
kamu dpt membaca pada garis wajahnya,
melihat pada kilauan matanya,
dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yg bergelora dlm hatinya,
berupa hawa yg melekat, kesakitan yg terpendam,
keazaman yg benar, cita-cita yg tiggi,
dan matlamat yg jauh sentiasa memenuhi jiwanya."

Jom bekerja kerana Dia jom!! =]

Tuesday, February 7, 2012

Takkan Berpaling DariMu....=']

Satu perasaan yg x bisa diungkapkan dgn kata2,
x bisa dihebohkan kepada sesiapa yg melihat diri.....
satu senyuman yg sgt manis hanya untuk Dia.

Alhamdulillah...
kerana Dia mengajar aku mengenai dunia,
kerana Dia aku bertatih utk terus meniti hari2 ku.. =']

Ustaz penah pesan,

"Allah campakkan hidayah kt seluruh bumi nie, tpi terpulang kpd manusia tue sama ada dia terima atau x..."

Dlm erti kata laen; sama ada manusia tue nak cari hidayah tue ka x.

seharusnya mencari Dia tidak harus terhenti... kadang2 mmg akan ad badai, onak dan duri membanjiri jalan-jalan ini...kadang2 manusia normal juga akan bisa terngadah dek kerana 'hentukan' kuat dariNya..

bertahan la wahai mukmin...bila mana masa yg dijanjikanNya tiba....claim lah seboleh claim yg mungkin kerana setiap zarah2 amalan yg dilakukan bisa dikira. dan tidak lupa sebesar zarah dosa juga akan dikira..Aku juga masih bertatih mencariNya yang juga terjatuh, terluka, dan merasa setiap detik kasih sygNya... =']






Saturday, January 7, 2012

kesakitan itu rahmat..... =]

"Suffering is a gift, in it is hidden mercy..."

Kata2 yg dipetik drpd sorg insan yg teramat aku syg.

Siapa sgka, org muda yg sihat,
kuat tulang empat keratnya bisa bisa aja lemah tidak bermaya secara tiba-tiba. Siapa sangka seorang jutawan yg punya harta ribuan ringgit bisa muflis sekelip mata
dan siapa juga sangka bayi yg sedang dipangkuan ibunya tertidur utk selama-lamanya tatkala ajal dtg menjengah....

Setiap ujian yg menimpa diri, tiada sesiapa yg boleh menekanya...
beruntunglah bagi yg menerimanya seadanya..
merasakan kemanisan dlm setiap kesakitan yg menimpa..
dan bersyukur dgn setiap detik masa ketika ditarbiahNya...
tetapi bagi yg tidak dpt menerimanya,
pasti ada yg menyalahkan Pencipta dgn segala ujian yg menimpa..


Cuti ini bagaikan satu jalan tarbiah yg panjang....
Aku cba belajar....dan belajar lg mengenai dunia ini...
cba mengamati setiap 'pelajaran' yg diberi spy dlm setiap 'pelajaran' itu...
bisa terkesan di hati utk dijadikan satu titik kekuatan......

Ku punya seorg insan yg kukira aku menyayanginya kerana DIA...
dia, Z yg  tidak menyenangi jlnku kerana kisah silam dahulu...
tetapi kerana kesakitan yg diberikanNya, buat aku dan dia makin rapat dan erat...
MasyaAllah....Dia bukakan pintu hatinya utk mencari Dia dgn seluas-luasnya...
aku sgt2 terharu...dan ucapan syukur yg tidak terhingga ku ucap kan sebagai tanda syukur...
Alhmdllh....Alhmdllh...Alhmdllh......

targetku cuti ini...cuba utk menjadikan org2 disekelilingku sbg mad'u..

teringat kata2 ustaz,


"Murabbi yg baek tidak akan memilih.Dia akan menyampaikan kpd sesiapa shj manusia yg bisa dijadikannya sebagai mutarabbi....."

"Dakwah itu kan seni. Kita boleh guna apa2 shj cara utk menyampaikam...."

makin lama bersama dgnnya,
makin rapat...
pergi hospital sama2....
makan sama2....
sharing sama2...
gelak sama2...
dan Z bercerita...


"hg sgt2 beruntung.....masuk usrah yg bgus, kt uni Z...bdk2 usrah ckit pn x mau jwb salam klu Z bg salam..siap jeling2 lg...."

"tue al-quran yg tanda2 tue, bdk2 usrah suka bt...x suka tgk hg buat...."

tersentap jgk apabila Z bercerita mengenai kisah usrah di uninya. takot2 aku juga pernah berperilaku seperti itu dgn bdk2 di uni ku. Tapi itu juga merupakan pengajaran yg ble aku kongsikan dgn sahabat2 ku...spy berakhlak mulia dgn semua....

Z mula bca buku islami.....
mula bca solusi,
bca buku mengenai tariq bin ziad....
suka bila dia berkongsi dgnku tentang kisah syurga dan kisah Al-Buruj dulu......
dan kisah perang tariq yg lbh sengit jika nak dibandingkan dgn kesakitannya....
Z mula bca tafsir al-quran...
dan yg paling terharu...
Z mintaku belikan dia Al-quran tafsir dan penanda warna2 spy dia juga boleh tanda...
ayat yg dia suka....=']

ku harap.....Allah redha dgn kami berdua....
mungkin masa yg diisi ini Allah berikan spy kami lbh rapat lg.....
aku selalu ckp dgn Z....kesakitan yg Allah diberikan itu adalah kafarah dosa.....
setiap kesakitan yg dia peroleh nnt....
setiap tangisan dan air mata yg mengalir.......ble 'claim' dkt DIA nnt....
klu Z ble masuk syurga....aku selalu minta dia tarik aku sama.....
aminnnnnn....moga Allah perkenankan segalanya...<3