Wednesday, June 19, 2013

The Capacity of Heart


 




Hati.

Satu patah kata yang sememangnya sinonim buat kita yg bergelar manusia. Semua manusia punya hati, akan tapi 'management'nya berbeza berdasarkan amalan mereka sehari-hari.

Terasa besar pengaruh hati itu bila mana dikatakan bahawa ia merupakan raja dalam diri. Jika baik raja itu, maka baiklah diri, dan jika tidak, maka sebaliknya. Manusia sememangnya kadangkala tidak dapat menepis segala keinginan, dan bisikan-bisikan kecil ke arah kejahatan tapi manusia punya iman sebagai banteng utk menguatkan diri masing2.


Sabda Rasulullah SAW:

الَّا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ”.
(رواه البخاري ومسلم)

Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.’
(HR Bukhari dan Muslim)


Dalam kesibukan menjalani hidup di 'sini', tidak dapat dinafikan bahawa diri ini juga kadang-kala asyik dengan tugasan hinggakan hati ini jarang terisi dgn makanan rohani. Memang benar, sehari-hari tilawah dilakukan utk mengisi rohani. tapi, masih lagi terasa kering.


Alhamdulillah,

Allah izin, hari ini untuk menonton kembali sebuah video daripada Sheikh Omar Suleiman. Jujurnya, sangat kagum melihat peribadinya yang tidak kering utk tersenyum tatkala menyampaikan khutbah atau pun tazkirah-tazkiran di you tube. Video pilihan, "The Capacity of Heart" sebuah video yang pertama kali kutonton pada dua tahun yang lalu. Seolah-olah setiap kata-katanya menusuk tepat ke dada.


"Rasulullah saw, does not creating his own words. All he gave were zikr... a remainder from God to the sahabah. And it brings out the best in human.

Their (sahabah) hearts were ready to receive it. Whenever the sahabah going to the qut'bah, they will leave behind pabble of tears....

Think about for a moment, they were all reciting the same verses of ayah, like us...but why we do not have the same capacity of heart like them? why we cannot reflected on the quran like the same thing as what the sahabah did? ='(

because we are not ready to accept what have been given in it. We fill our heart with something else. So how can we get the same capacity as them? Saidina Umar ra, for example.. when he was not converting to islam yet,he was a drunker, who always drunk every night and only pray when he has no friends to drink with....When he has the capacity of heart, he was willing to give up on it straight away... without reluctant.." ='(


hati ini, tiada dua rongga. Tiada kawasan kelabu yg mana samar-samar kebaikan dan keburukannya. Maka kitalah yang seharusnya memilih sama ada untuk membersihkannya ataupun mengotorinya.  Jika kita penuhkan hati ini dengan sesuatu yang lain....mana mungkin ianya akan terisi dgn Allah?

Sebenarnya, ketika kita merasakan kekeringan pada hati, ketika itu pasti hati itu telah kita isikan dengan selainNya. Mungkin kesibukan kerja, cinta dunia, harta, masalah keluarga dan sebagainya. Makin lama kesibukan itu berlaku, makin kita merasa lesu dalam solat, bacaan tilawah dan amalan seharian kita... ='(


Tapi, kerana luasnya rahmat Allah itu, diizinkan juga kita yang lemah ini untuk merasai kemanisan iman itu kembali jika hambanya itu mencari. Allah never leaves us behind...Dia sentiasa bersama hamba-hambaNya yang x putus-putus berusaha untuk memperbaiki diri.

Kisah Saidina Umar sememangnya menjadi pengajaran yang bermakna kepada diri. Hati nya yang begitu dekat dengan islam membuatkan beliau sanggup utk melakukan apa sahaja demi nya. Tersenyum juga bila mengenangkan kisah sewaktu jahiliyyahnya saidina umar di mana tuhan yang dijadikan daripada buah kurma, dimakan oleh saidina umar sendiri. Manusia yang begitu membenci islam suatu ketika dahulu, begitu bersungguh sekali untuk mempertahankan nya saat hidayah Allah datang menyapa. Kerana? Hatinya hanya untuk Dia..... Hatinya ketika itu sudah betul-betul bersedia untuk menerima apa-apa jua perintahNya. Hinggakan nyawa sanggup dipertaruh untuk deen ini.


Wahai diri, bersihkan hati...moga lebih merasai sebagaimana mereka-mereka yang terdahulu merasai kemanisan iman bersama denganNya..banyak lagi bintik-bintik hitam pada hati yang perlu dicuci... Moga Allah izin hati-hati ini bersih sebagaimana yang sepatutnya.....Wallahu'alam. <3 p="">