Tuesday, June 19, 2012

Exam mood

Alhamdulillah... Allah izinkan jari-jemari ini utk menari-nari meluahkan kata-kata,
dan Allah izin kan juga diri ini utk masih lagi bernafas menghirup segala nikmat2 di bumi atas nama abid dan khalifah..

manis dan pahitnya segala yg diberikan itu jua adalah nikmat spy ianya dpt meninggikan darjat kita utk menjadi hmbaNya yg lebih bersyukur. Insya Allah.. =]

sekadar ingin b'kongsi sebuah hadis yg mungkin saya kira sgt2 t'kesan buat diri tatkala mgu exam makin menjengah....masing2 sibuk dgn urusan. Haranpya setiap usaha ini bisa menjadi saksi dihadapan Nya dan juga dikira sbg ibadah.

daripada Ibnu Umar r.a b'kata, " Rasulullah saw memegang bahu seraya b'sabda, 'jadilah engkau di dunia ini seperti org asing atau pengembara.' Ibnu Umar b'kata , 'Jika kamu berada di wkt petang, jgnlah menunggu wktnya pagi. Dan jika kamu berada di wkt pagi, jgnlah menunggu sampainya wkt petang. Gunakanlah wkt sehatmu untuk masa sakitmu, dan masa hidupmu utk masa kematianmu." (HR Muslim- hadis 42)

sgt2 t'kesan dgn ayat 'sekiranya kamu di wkt petang, jgnlah menunggu wktnya pagi.'Di wkt usia muda inilah, jiwa2 kita sgt2 diperlukan utk diperdagangkan di atas jalanNya. Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi, Mus'Ab bin Umair, Zaid bin Harithah dan byk lg sahabat laen masing2 menjadikan masa muda mereka sebagai taruhan. mereka berusaha tanpa melihat kepada perkara yg akan berlaku selepas itu. Mereka melakukan nya atas dasar cinta dan perasaan tnpa ragu kepada Nya. Kerana, mereka yakin dgn janjiNya,

" Wahai org2 yg b'iman! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yg dpt menyelamatkan kamu drpd azab yg pedih? iaitu kamu b'iman kepada Allah dan rasulNya dan b'jihad di jalan Allah dgn harta dan jiwamu.Itulah yg lbh baik bagi kamu jika kamu mengetahui.." as-saff:10-11

oleh kerana itu, mereka All-out sehabis mungkin kerana mereka mengetahui bahwa Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Dan saya kira, konsep ini seharusnya digunakan juga oleh kita, kerana ia tidak hanya untuk sahabat2 nabi yg 'terdahulu. Kita juga seharusnya All-out sehabis mungkin dlm apa jua ibadah yg dilakukan yakni dlm berdakwah dan juga dlm menuntut ilmu pengetahuan. Gunakanlah masa muda ini sehabis mungkin utk mencari keredhaanNya. Setiap kepayahan hidup yg diharungi dlm menggapai matlamat yg ditujui sememangnya menguji. tpi, ingatlah bahawa Allah tidak akan membebani hambanya melebihi kesanggupan diri dan Allah berikan kesenangan sesudah kesusahan yg diperoleh...

'Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai melakukan sesuatu, maka lakukanlah pekerjaa laen dgn b'sungguh-sungguh. Dan kepada tuhanmulah kamu berharap.." 94: 5-8



Pernah juga terdetik perasaan cemburu melihat sahabat2 yg masing2 berlari menuju redhaNya, hinggakan diri ini terlupa bahawa study juga merupakan antara salah satu drpd jihad kecil yg dpt dilakukan. tpi, study ini bukanlah segalanya-galanya, kerana kita punya matlamat laen yg lebih didambakan.....kerana takut-takut study itu mengatasi yg laen   =]

No comments:

Post a Comment