Monday, August 19, 2013

Yakinlah! dan pejamkan mata!


teringat kisah Sang Nabi ketika di Badar,

Di padang yg tandus dan kering, Sang nabi berdoa,
"Ya Allah, jika Kau biarkan pasukan ini binasa, Kau x akan disembah lagi di muka bumi!" Gementar bahu nabi, hinggakan selendang dibahunya turut luruh.....


Abu Bakar, mengambil kembali selendang Nabi sambil berkata,
"Demi Allah, Dia tidak akan pernah mengingkari janjiNya padamu"

Pada masa yg sama, Abu Jahal juga b'doa,
"Jika yg dibawa oleh Muhammad itu benar dari sisiMu, hujani saja kami dari langit dgn batu!"


berbeza dgn doa nabi, di mana Abu Jahal begitu naif dgn apa yg dibawa hinggakan sangup dihujani dgn batu. Begitu bangga dan merasakan bahawa dialah yg benar.

senario ini berbeza sekali dgn para peyakin sejati, di mana mereka tidak tahu apa yg bakal berlaku sesudah itu, ttp sangat yakin dgn satu kaidah yg suci, bahwa "Jika ini perintah Ilahi, Dia tidak akan menyia-nyiakan iman dan amal kami.."Lalu mereka bertindak.

Seperti kisah Nabi Nuh yg membuat kapal, seperti nabi Ibrahim yg menyembelih Ismail, seperti Nabi Musa yg bertembung dgn Firaun dgn lisannya yg gagap dan dgn dosa membunuh, dan seperti kisah Sang Nabi bersama para sahabat di medan Badar. kerana keyakinan bahawa Allah tidak akan menyiakan setiap usaha mereka,lalu mereka melakukannya dgn yakin ..=')

Ketika ini, umat Islam di Mesir, Palestin, dan di mana-mana sahaja sedang diuji. Pasti ada yang menerbitkan sejuta pertanyaan dan kesedihan melihat keluarga seakidah kita diperlakukan sebegitu. Perlawanan antara al-Haq dan batil. Antara Yakin dan naif....

ingatlah wahai orang-orang yg beriman,
Kerana sesungguhnya Syurga itu hanya bt mereka yg yakin dan berusaha dgn bersungguh-sungguh, maka Allah akan menguji manusia untuk melihat sejauh mana mereka betul-betul beriman kepadaNya seperti kisah nabi-nabi dan para sahabt dahulu yg juga diuji.
Beruntunglah buat mereka yang diuji dan mereka sabar dalam keyakinan bahawa Allah tidak akan menyiakan amal mereka. Moga Allah memberi kemenangan kepada al-Haq.

Yakinlah bahawa kemenangan itu pasti... =')