Tuesday, April 1, 2014

Dah bersedia?

Assalamualaikum wbt,

                              "fix your relationship with Him, He will fix the rest."

Ku kira, entry ini merupakan yang pertama yang pernah kucoretkan di sini. Moga Allah jadikan setiap gerak jemari yang bergerak ini sebagai satu ibadah utkNya. Moga terhindar daripada menulis sesuatu yang sia-sia.

Minggu ni punya urusan dunia yang lebih mencabar berbanding dengan minggu-minggu sebelum ini. Punya dua interview kerja sementara( guru tadika dan guru sukarela) juga tentang isu berumah tangga. Siapa sangka, begitu cepat masa berlalu hinggakan terasa masih basah kenangan ku ketika di bangku sekolah. Tapi kerana perancangan Allah disusun secara yang terbaik buat hambaNya, alhamdulillah dapat ku teruskan juga hari-hari ini dengan bermakna.

Minggu ini terasa hati diuji dengan bertubi-tubi. Hati sangat-sangat terasa keluh-kesah hinggakan orang-orang di sekelilingku juga menyedari ada kelainan pada diriku ini. Terasa bahawa diri ini perlukan satu kekuatan untuk menolak ke hadapan. Adakah diriku bersedia?

Pada usia begini, masing-masing punya cerita hati yang ingin dibicarakan. Rata-rata diusia begini kisah ini bukanlah satu kisah yang ajaib sekiranya terdengar bahawa ada di antara sahabat kita yang telah pun mendirikan rumah tangga, yang bertunang ataupun yang telah melahirkan zuriat. Diri ini juga menerima percikan tempiasnya. Ada yang masih risau  memikirkan mengenai diri yang masih belum berpunya, namun sudah kah kita bertanya pada diri, adakah diriku bersedia?

Tatkala diri asyik dengan kisah kita di dunia, masih ada yang perlu kita ingati melebihi kehendak diri yang sepatutnya. Kisah pembunuhan saudara kita yang tidak terbela, kisah saudara kita yang masih enak dengan buaian dunia, siapakah yang bakal membela? Allahu..hati ini merasa jauhnya dengan mereka... 

hati ini juga leka dengan mainan dunia.. :'(

Jika kita jaga hubungan dengan Allah pasti Allah akan menjaga hubungan kita yang selebihnya...
teringang moolog dalam diri:

diri,
kalau mati, dah bawa bekal apa untuk jumpa Allah nanti? :'(

takut-taku nnt bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah tidak mahu melihat pun diri ini di hadapanNya. nanges laju2.. :'(

Banyak benda yang perlu difikir...Banyak perkara yang perlu diteliti...

Moga Allah bantu utk diri ini menyiapkan persiapan diri utk membawa bekal ke dunia yang lebih kekal dan tempias barokahnya terasa buat diri ini di dunia..Ameeen..