Sunday, October 21, 2012

Tentang kamu.aku.Dia =']


akhwat,

bila mana butir kata-kata tidak bisa terluah,
ku mau kau tau ...
diriku melihat dirimu dari jauh...
terasa seperti samar2 kelihatan...
kutau kau perlukan satu kekuatan dan satu pelukan erat2 untuk mengurangkan kegelisahan mu...
mengurangkan keletihan yang melanda dirimu..
ingin aja berlari memelukmu erat2..
membuatkan hatimu bisa berbunga kembali seperti saat kita mula-mula bertemu dahulu.. ='[

Ya Allah, smpaikan deru-deru angin kepadanya bahawa ku rindu sahabatku di sana...
kami pernah menangis, bergembira dan bercerita bersama...
tpi kini, aku hanya mampu melihat dia dari jauh..
jauh sekali.. ='[


rasa resah. mengenangkan org yang tersayang sepertinya terasa jauh sekali. pada mulanya merasakan bahawa diri ini sahaja yang terasa duri nya. namun, akhwat laen juga terasa. bukan diri ini sahaja. ='[

semalam Allah izin utk sama2 m'bedah' buku virus-vurus ukhwah karangan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah.

3 kekuatan umat islam:
iman
ukhwah
material

mencintai sesama mukmin dan mengikat tali ukhwah merupakan suatu perbuatan yg penting. Ukhwah ini apabila seseorang itu memahami bahawa hubungan bersaudara yang dikecapi bukan nya atas dasar materialistik semata- mata, tapi atas dasar Allah..

kerana ikatan persaudaraan muslim ini paling berharga yang pernah terbentuk sesama manusia.

"sesungguhnya org mukmin itu adalah bersaudara." (49:10)

"dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dlm hati mereka, sdg mereka merasa bersaudara, duduk berhadap-hadapan dipan-diapan." (15:47)


Allah lenyapkan segala dendam yang ada dalam diri dan Allah campakkan rasa kecintaan dalam hati orang-orang yang beriman. kelopak mataku panas. ada butir-butir air mata yang mengalir bila membaca buku ini. sangat2 merasaka bahawa hati ini perlu digilap lagi dek kerana karat-karat dosa yang melampau. ='[


aku berujar: ia adalah saudaraku
mereka bertanya: saudara dari kerabatmu?
kusahut: kemiripan adalah kekerabatan
bagiku, kekerabatan adalah idea, azam dan semangat
walau garis moyang kami jauh berbeda....

wahai akhwat, aku merindui semangat mu itu...azam mu yg kamu kongsikan bersamaku...untuk meninggikan himmahku kembali, melonjakkan diri ku untuk menjadi batu-bata yang terbina atas dasar kasihNya..aku syg kamu kerana Allah.. ='[


“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti
bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orangorang
yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling
mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku"