Saturday, August 23, 2014

Apabila seluruh kekuatan dijadikan satu..

Assalamualaikum wbt,

Pernah dengar mengenai tarbiyyah luar biasa? Mungkin tidak semua yg memahami apa itu tarbiyah kerna belum pernah mengalaminya. Saya juga pernah tertanya-tanya apa itu tarbiyyah. Tarbiyah itu merupakan satu proses membentukkan diri secara ruhiyyah dari semasa ke semasa. Daripada kita yang tidak punya apa-apa kepada seorang yang punya sesuatu yang luar biasa. Ia nya satu proses pembelajaran. Semalam, Allah izin utk diri menyelak buku JOM edisi ke-4 berjudul 'Tarbiyah luas biasa!'

"Tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah" -Mustafa Masyhur

Mengapa segala-galanya bermula dgn tarbiyyah? Aneh bukan?

Segala-galanya bermula dengan tarbiyyah kerana ia berjaya melahirkan insan yang punya ruh yg berjalan dengan kemuliaan akhlak dan kebersihan jiwanya. formula, tarbiyah = mengubah.

Apa fungsinya jika kita punya segalanya tapi 'ruh' nya tiada... Sehebat mana kita pun dan secanggih mana pun peralatan yang kita guna untuk memajukan diri dan bangsa pasti tidak dapat dicapai kejayaannya jika ruh itu tiada.. Teringat saya bagaimana Mahatma Gandhi bersungguh selama bertahun-tahun untuk memerdekakan India drpd cengkaman British. Tapi sayang, kerana Islam itu tiada..maka usaha yang dibuat tidak menjadi.

Namun ada juga berlaku bila mana ramai yang mengikuti tarbiyyah selama bertahun tetapi akhlak dan diri mereka masih berada dalam fasa yang sama. Sebenarnya, tarbiyyah itu mengubah..Jika tidak, mungkin kita masih lagi berada dalam 'confort zone' kita sendiri.

peringatan buat diri saya juga...