Saturday, September 22, 2012

Up up to Broklynn Hill..

Hari ini kami mendaki bukit Broklynn. Teringat hasrat seorg akhwat yg ingin melihat kincir angin di mana kelibatnya dapat dilihat jauh nun daripada jendela rumahku.

Walaupun, diri ini bukanlah peminat dlm melakukan aktiviti 'outdoor' seperti mendaki bukit, ku kuatkan juga kaki ini melangkah kerana ku tau, ada ibrah yg boleh diperoleh ketika mendaki nanti. And alhamdulillah, Allah know the best. I got something throughout the journey. And my whole day untuk hari ini. =']

Pemandangan ketika berada di atas puncak

Kincir angin yang 'osem'

Akhwat tersayang.. =]

Subhanallah, pemadangan yang x dapat nak digambar dgn kata2. Sememangnya indera mata merupakan kamera yang terbaek. betapa setiap nikmat yang Allah berikan itu sangat2 bernilai sekiranya manusia sendiri merasai dan bersyukur dengan nikmat diberikan. sudah lama tidak merasai setiap detik keindahan iptaan Ilahi bersama akhwat yang tersayang.
Selesai mendaki, bersuka ria bersama dan sesi photo shoot, kami berkumpul beramai-ramai untuk bersama b'kongsi ibrah masing-masing. Salah seorang drpd kami berkongsi tentang kisah sebuah kincir angin bisa menjana kuasa untuk tujuh orang yang laen, teringat kisah dalam buku bagaimana menyentuh hati,


"kisah sebuah stesen jana kuasa yang boleh menjanakan kuasanya ke terminal-terminal eletrik yang laen. sekiranya stesen ini tidak menjanakan kuasanya, maka x sampailah kuasa eletrik tue kepada terminal-terminal eletrik yang laen.."

Seperti seorang murabbi, yang menjanakan kuasanya kepada mutarabbi yang laen. jika murabbi tue x janakan kuasanya, maka x sampailah dakwah tue kepada mutarrabi.
Malah ada juga yang berkongsi tentang ukhwah yang harus dipereratkan lagi sesama akhwat. mungkin kerana masing-masing sedang merasai kegersangan hati yang berlaku. Dan kurangnya aktiviti ukhwah bersama.Jadi, sepertinya masing-masing inginkan support sistem yg kuat untuk sama-sama berpegang tangan ke JannahNya. itulah bezanya ukhwah dan friendship. Bila mana seorang itu mengakui bahawa dia cintakan Allah dan Rasul, maka dengan sendirinya dia akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diri dan orang-orang disekelilingnya.

"tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.." 

"orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah yang Maha Penyayang akan menanamkan rasa kasih dan sayang ke dalam hati mereka.."

Betullah kata orang yang; seharusnya ayat peringatan ini harus diulang-ulang supaya sebati dengan kehidupan seharian. Kami juga berkongsi mengenai cara-cara untuk lebih membasahkan hati. hati ini sangat-sangat fergile malah lebih fergile daripada kaca. kalau x sentiasa dicuci, dan digilap....makin menjadi-jadi masalah diri yang dialami. ketika turun dari bukit, kami berkongsi lagi. masing-masing menyatakan konklusi bahawa permasalah diri yang berlaku, kerana ada masalah hati antara manusia dengan Allah sendiri. 




ketika pulang ke rumah,malam tadi,sewaktu sibuk mencari-cari video yang boleh d'download sebagai makanan roh dan hati, seorang akhwat berkongsi sebuah blog yang menjadi antara 'Favorite' akhwat tersebut blog untuk dibaca. Alhamdulillah, Allah izin untukku membaca setiap bait-bait indah yang dilakarkan dlm blog penulis tersebut...



aku terkedu. 


wahai diri, teliti kembali sejauh mana hubunganmu dengan Dia? masih punya lopong-lopong yang perlu diisi lagi. kan Allah dah pujuk dalam ayat-ayatNya yang Dia selalu ada bersama?


"Bukankah Dia(Allah) yang menciptakan langit dan bumi yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang terpandang indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (daripada kebenaran)"



"Bukankah Dia (Allah) yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam,yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya,yang menjadikan gunung-gunung untuk mengokohkannya dan yang menjadikan suatu pemisah antara dua laut?Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui."



"Bukankah Dia(Allah) yang memperkenankan (doa) orang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu(manusia) sebagai khalifah(pemimpin) di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."



"Bukankah Dia(Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) ratmatNya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Mahatinggi Allah terhadap apa yang mereka bersekutukan." 

An-Naml: 60-63



Allah ajarkan Rasulullah saw dan terus mengajarkan manusia untuk bertawakkal kepadaNya, yang punya kuasa untuk segalanya. Memang jika kita berseorangan kita tidak mampu, tapi dengan Allah di sisi, kita mampu menghadapi setiap masalah yang dihadapi =']

setiap kesakitan dan ujian itu ada penawarnya. Ubatnya, pulang semula kepada Allah...mungkin kerana masalah hati yang berterusan membuatkan malah-masalah lain juga timbul. moga Allah terus membiarkan hati ini basah agar bisa membasahkan hati-hati yang laen juga.
Jazakunallah hu khairan kaseera akhwat buat setiap detik-detik manis untuk hari ini. Wallahu'alam








No comments:

Post a Comment