Wednesday, September 26, 2012

Death.Heaven.Me

Ya Allah,
kepalaku terasa pening sekali. 
Pagi tadi, ketika mencari-cari handsock romate yg dipinjam, 
kepalaku sudah mula berdenyut. 
Mungkin aku terlalu risau memikirkan barang pinjaman yg dipinjam.
rasanya ini kali pertama kepalaku terasa pening2, 
terasa juga sepertinya badan ini tiba-tiba hendak terjatuh ke bawah.
denyutannya malah makin menjadi-jadi dlm perjalan ku ke uni tadi


tiba-tiba hati terdetik, "eh, dah nak sampai ajal kah aku nie?kenapa tiba-tiba rasa tak sedap badan?" 


aku mulakan langkah ke uni dgn menghadam tazkirah kematian yg kurasa. Kematian sememangnya tidak mengenal masa,dan telah ditulis pun di Luh Mahfuz tarikh, masa dan kejadian yg akan berlaku ketika ajal menjengah. 
sama ada pengakhiran kita baik, ataupun tidak...semuanya merupakan refleksi kepada amal dan ibadah yang telah kita lakukan di 'sini'.


pernah diri ini terfikir, bagaimana pengakhiranku nanti, bagaimana tanggungjawabku dgn orang-orang disekeliling? baba. mama, adek bradik, sahabat2, dan orang2 laen yang tersayang tak kiralah walau di mana pun mereka berada. 


pernah terasa iri hati bila mendengar kisah sahabat-sahabat nabi saw seperti Bilal yg gemersik kakinya didengar Rasulullah saw dlm setiap mimpi malam baginda. Aishh diri, angan-angan melangit tinggi, tapi 'kerja' cikit. hik


ada satu ketika, seorang akhwat menulis dlm post fb, 


 " Membayangkan hari pertama di syurga.
Riang di hati tatkala pertama kali melihat wajah Allah..

Tersungkur sujud hati penuh rasa bahagia.. Kemudian
memandang Rasulullah dan para sahabat berjalan jalan di suatu sudut.. Terpaku, hati merasakan enigma kebahagiaan yang menderu deru. 
Memanggil satu persatu nama mereka yg dicintai lalu mereka
muncul di hadapan mata sebelum kerdipan yg pertama.. 










  Keriangan bermain dan bergembira di dalam taman syurga yang indah lagi mendamaikan.. Ucapan salam bertalu talu dihadiahkan..

Suasana yg sangat sangat indah.. 
Tuhan, izinkan kami kesana..
Kekampung halaman kami.. Tempat ayah kami Adam dan ibu
 Hawa pertama kali diciptakan..
Izinkan kami.. Sepertimana Kau anugerahkan kami dengan islam pada kali pertamanya..kurniakanlah kami dengan rahmatmu, syurga yang abadi.. " 


kelopak mataku terasa panas. Terasa satu ketenangan yg sangat2 menusuk kalbu tatkala membaca bait-bait ayat di atas. Tergambar keriangan wajah hamba Allah yg benar-benar ingin berlari menuju ke arah redhaanNya. hamba-hamba yg sanggup menggadaikan segala-galanya hanya utk Dia. 

baru-baru ini terasa sangat-sangat lemah. seperti level bateri 'semangatku' makin sedikit dan perlu d'charge semula. Allah, terasa diri ini makin menunjukkan 'belang2 emosi' yang tidak terkawal, membuatkan makin byk hati-hati lain terasa dgn tingkah laku sendiri dan makin juga terasa hati dengan yang laen T_T


bila memikirkan kisah mereka yang ku sayang, hati makin terasa sebak. mungkin ada lopong 'baldiku' yang belum tertampal, bak kata seorang akhwat.

Harapnya ketika ajal datang menjemputku, ketika itu...hatiku masih tertaut padaNya, masih ada bunga-bunga cinta bersama hambaNya dan aku bisa menjumpai mereka yang kurindui di sana.

1 comment:

  1. Teruskan berlari ke langit, kerana kasihnya Ilahi itu sifatnya tidak pernah padam bagi hamba-hambaNya yang senantiasa mencari. Ya, pencarian yang kadangkala menjadi duri di dalam hati.. Di jalan cinta ini, segala yang pahit pasti terasa namun sayang untuk ditinggalkan.. kerana kita pasti benar,, yang dikejar itu cintaNya.. tiada yang lain

    ReplyDelete