Sunday, July 29, 2012

kamu ada Dia..

Kubaca pesanan ringkas yg kuterima drpd seorg sister Di Malaysia;

"Waalaikumslm...insya Allah...Allah dan rasul xpernah mengecewakan..janji Allah tu pasti. Hakikatnya apa yg dah kita infaqkan pada jalan ni dah pon berada kt syurga...harta2 yg menunggu kita di syurga. Allah kan x tgk hasil, Allah tgk usaha. Bila rasa down, cukup la janji Allah jadi penambah semangat ...kemenangan tu milik hamba2Nya yg sabar....chayok!"


Pembakar semangat yg kuterima drpd seorang ukhti yg tidak henti2 mengajarku erti menjadi seorg hamba. Buat diriku yang masih lagi belajar dan bertatih dlm melaksanakan amanat daripada Sang Pencipta.

sgt2 terharu tatkala diriku membaca setiap bait ayat2 yang ditulis oleh ukhti, sgt2 menusuk jiwa...
ku pesan pada diriku;

wahai jiwa yg bergelar Daie,
ku tau...kamu berada dlm kegelisahan,
dlm kegusaran tatkala ingin menjalankan perintahNya,
merasakan kekurangan dlm segenap penjuru dirimu,

tapi

wahai jiwa yg bergelar Daie,
kuatkanlah tekadmu...pasakkanlah langkah mu tatkala dirimu dikerumuni bisikan2 sebegitu
kerana ku mahu kau tahu bahawa,
Dia sentiasa bersamamu...
memudahkan urusanmu...
'memeluk' dirimu erat2 dikala kamu kegelisahan..
memberi pelindungan dan janji bahawa tiap2 yg berlaku pada dirimu,
ada suatu balasan yg indah menanti...

Wahai jiwa yg bergelar Daie,
bersabarlah bila mana dirimu diuji,
mana mungkin urusan membina manusia ini mudah?
mana mungkin islam dpt tertegak dlm jiwa manusia dgn hanya pada pertemuan yg pertama?
bersabarlah...bersabarlah dlm meneruskan urusan Rasulmu..

wahai jiwa yg bergelar Daie,
ikhlaskanlah dirimu, ikhlaskanlah dirimu, ikhlaskanlah dirimu
kerana setiap jiwa yg kehausan kasih sayang itu,
memerlukan seorg Daie yg benar2 ikhlas dlm menjalankan perintahnya,
seorg Daie yg tidak pernah berputus asa,
seorg Daie yg bisa memaniskan muka,
seorg Daie yg bisa menyejukkan mata,
dan seorg Daie yg tidak pernah merasakan bahawa setiap apa yg diperoleh adalah menjadi bebanan yg berat buatnya...
kerana kamu ada Dia =']









3 comments: