Tuesday, April 28, 2015
Hari ini merupakan Syawal yang ke-13 buat seluruh umat Islam. Masih teriang-iang suara sanak saudara dan keriuhan suasana tika menyambut Syawal ada kali ni. Keluarga ku menyambut hari kemenangan ini dalam keadaan yang besederhana. Tahun ini merupakan tahun yang kedua aku menyambutnya setelah pulang dari perantauan. Teringat gambar ku yang terpapar di halaman akhbar Utusan dalam slot 'Sampaikan Aidilfitri' pada empat tahun lalu. Gambar yang ku ambil bersama orang salji di Mount Ruapehu, New Zealand. Sungguh cepat sekali masa berlalu. Jujurnya, sebagai seorang graduan luar negara, aku akui, seronok juga beraya di perantauan. Tapi manakan sama beraya bersama dengan keluarga yang tercinta. Di sana, walaupun berbeza demografi dan budaya nya, aku bersama sahabat yang lain masih juga dapat beraya dengan penuh kesyukuran. Masih teringat pengalaman pertamaku membuat kuah kacang dan rendang di negara orang ketika jauh daripada keluarga yang tercinta.
Pada tahun pertama berpuasa di sana, tidak lah sukar seperti yang ku sangkakan. Bulan puasanya jatuh pada musim sejuk di mana waktu siangnya singkat berbanding waktu malamnya. Tahun pertama berpuasa di perantaun bersama sahabat yang lain mengajar aku untuk lebih menghargai nikmatnya Ramadhan melebihi daripada nikmatnya Syawal. Aku bersama rakan menghias ruang tamu rumah kami dengan ucapan 'Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan' yang memberi makna selamat datang wahai bulan yang ditunggu yakni, Ramadhan. Di New Zealand, ramadhannya penuh dengan aktiviti keagamaan antara pelajar di Malaysia. Tazkirah, Usrah, Terawih, Iftar bersama membuatkan kami anak-anak perantauan di sana menjadi lebih rapat. Menariknya sahabat malah tuan rumah ku juga mengetahui bahawa ketika itu orang muslim sedang berpuasa. Jika terasa rindu pada keluarga yang jauh nun di mata, rancangan television 'Ketuk-ketuk Ramadhan' dan cerita 'Upin dan Ipin' akan menjadi penememan yang setia. Selama berada di sana, bulan Ramadhannya pasti akan jatuh pada bulan yang mana penuh dengan tugasan seperti projek, ujian dan peperiksaan. Aku merasa bagaimana berada di perantauan tika berbuka hanya dengan roti dan air biasa dengan lambakan buku-buku kerja dan juga komputer riba di perpustakaan. Susah hidup merantau membuatkan aku lebih 'tahan lasak'. Alhamdulillah. Benarlah kata orang, "Berjalan dan lihat lah bagaimana kehidupan berjalan...''
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment