"Dunia adalah penjara bg mukmin.."
Tatkala diuji secara b'tubi-tubi, ayat ini selalu teriang-ngiang dlm mindaku.Aku juga akui, diri yg lemah ini jga terkadang tersilap langkah dlm meniti 'duri' hari-hari. Adakalanya tidak tertahan juga air mata ini mengalir...berjurai apabila sedang meminta dikuatkan jasad.
Walaupun mengerti bahawa bila diri ini makin ingin dekat denganNya...makin menjadi-jadi ujian yg dtg utk menguji adakah hmbaNya ini betul2 ingin utk berkasih dgnNya...
tidak terluah dgn kata-kata utk 'bercerita' kepada mereka yg belum mengerti dgn ujian yg menimpa diri. biarlah Dia sahaja yg mngetahui.
Bingung diriku utk memilih antara dua...kedua-duanya perlu utk ku jaga. Kedua-dua tanggungjwb ini jga wajib kupikul. teringat kisah silam dahulu spnjg cutiku yg 'kosong' tanpa apa-apa. Aku begitu leka hinggakan aku 'hilang' segala-gala. Aku tidak mahu peristiwa itu berulang kembali. Aku tidak mahu berpatah semula kepada duniaku yg dulu.Sgt kelam..Sgt kelam...
Aku mahu 'SERIUS' dlm kedua-duanya. teringat kata2 ustaz, bertanya kepada kami mengenai seriuskah kami dlm jln ini? apakah laluan ku nnt makin meninggi?mendatar?ataupn merudum? aku cuba utk berusaha spy ia makin meninggi...aku mahu Dia redha dgn setiap amalku. tidak sanggupku melihat amalanku beterbangan seperti debu...aku mahu Dia redha dgn amalanku,kerana Dia matlamatku.
doaku bahawa biarlah diri ini beroleh apa yg diperlukan utk diri ini terus kuat kerana hanya Dia shj yg mengetahui sgla isi hati.
No comments:
Post a Comment