Friday, August 19, 2011

20 Ramadhan

hari nie nak kongsi ttg cara tidur Rasulullah s.a.w...smoga msing2 dpt manfaat darinya...=]


Ubay bin Ka'Ab Radhiallaahu anhu menuturkan kepada kita bahawa Rasulullah pernah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu mendatangi pembaringannya, hendaklah mengibaskan kasurnya dengan ujung kain (untuk membersihkannya) serta sebutlah asma Allah Subhanahu wa Ta'ala  Sebab ia tidak tahu kotoran apa yang melekat pada kasurnya itu sepeninggal
annya. Jika hendak berbaring, hendaklah berbaring dengan bertelekan pada rusuk kanan. Dan hendaklah mengucapkan:
"Maha suci Engkau Ya Allah Ya Rabbi, dengan menyebut nama-Mu aku meletakkan tubuhku, dan dengan nama-Mu jua aku mengangkatnya kembali. Jika Engkau mengambil ruhku (jiwaku), maka berilah rahmat padanya. Tetapi, bila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang shalih." (HR. Muslim) 

Di antara bimbingan yang beliau ajarkan kepada setiap muslim dan muslimah adalah:

"Jika kamu mendatangi pembaringanmu, hendaklah berwudhu' sebagaimana engkau berwudhu ketika hendak shalat. Kemudian berbaringlah dengan bertelekan pada rusuk kananmu." 

Diriwayatkan dari 'Aisyah Radhiallaahu anha ia berkata:

Setiap kali Rasulullah hendak tidur di pembaringannya pada tiap malam, beliau merapatkan kedua telapak tangannya. Lalu meniupnya dan membaca surat Al-Ikhlas (Qul Huwallaahu Ahad), surat Al-Falaq (Qul A'uudzu birabbil Falaq) dan surat An-Naas (Qul A'uudzu birabbin Naas). Kemudian beliau mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengan kedua telapak tangannya itu. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh ba
hagian depan. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali." (HR. Bukhari) 

comel kan Rasulullah....renung2kan n slamat b'amal!! 

No comments:

Post a Comment