Tuesday, April 28, 2015
Hari ini merupakan Syawal yang ke-13 buat seluruh umat Islam. Masih teriang-iang suara sanak saudara dan keriuhan suasana tika menyambut Syawal ada kali ni. Keluarga ku menyambut hari kemenangan ini dalam keadaan yang besederhana. Tahun ini merupakan tahun yang kedua aku menyambutnya setelah pulang dari perantauan. Teringat gambar ku yang terpapar di halaman akhbar Utusan dalam slot 'Sampaikan Aidilfitri' pada empat tahun lalu. Gambar yang ku ambil bersama orang salji di Mount Ruapehu, New Zealand. Sungguh cepat sekali masa berlalu. Jujurnya, sebagai seorang graduan luar negara, aku akui, seronok juga beraya di perantauan. Tapi manakan sama beraya bersama dengan keluarga yang tercinta. Di sana, walaupun berbeza demografi dan budaya nya, aku bersama sahabat yang lain masih juga dapat beraya dengan penuh kesyukuran. Masih teringat pengalaman pertamaku membuat kuah kacang dan rendang di negara orang ketika jauh daripada keluarga yang tercinta.
Pada tahun pertama berpuasa di sana, tidak lah sukar seperti yang ku sangkakan. Bulan puasanya jatuh pada musim sejuk di mana waktu siangnya singkat berbanding waktu malamnya. Tahun pertama berpuasa di perantaun bersama sahabat yang lain mengajar aku untuk lebih menghargai nikmatnya Ramadhan melebihi daripada nikmatnya Syawal. Aku bersama rakan menghias ruang tamu rumah kami dengan ucapan 'Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan' yang memberi makna selamat datang wahai bulan yang ditunggu yakni, Ramadhan. Di New Zealand, ramadhannya penuh dengan aktiviti keagamaan antara pelajar di Malaysia. Tazkirah, Usrah, Terawih, Iftar bersama membuatkan kami anak-anak perantauan di sana menjadi lebih rapat. Menariknya sahabat malah tuan rumah ku juga mengetahui bahawa ketika itu orang muslim sedang berpuasa. Jika terasa rindu pada keluarga yang jauh nun di mata, rancangan television 'Ketuk-ketuk Ramadhan' dan cerita 'Upin dan Ipin' akan menjadi penememan yang setia. Selama berada di sana, bulan Ramadhannya pasti akan jatuh pada bulan yang mana penuh dengan tugasan seperti projek, ujian dan peperiksaan. Aku merasa bagaimana berada di perantauan tika berbuka hanya dengan roti dan air biasa dengan lambakan buku-buku kerja dan juga komputer riba di perpustakaan. Susah hidup merantau membuatkan aku lebih 'tahan lasak'. Alhamdulillah. Benarlah kata orang, "Berjalan dan lihat lah bagaimana kehidupan berjalan...''
Saturday, August 23, 2014
Apabila seluruh kekuatan dijadikan satu..
Assalamualaikum wbt,
Pernah dengar mengenai tarbiyyah luar biasa? Mungkin tidak semua yg memahami apa itu tarbiyah kerna belum pernah mengalaminya. Saya juga pernah tertanya-tanya apa itu tarbiyyah. Tarbiyah itu merupakan satu proses membentukkan diri secara ruhiyyah dari semasa ke semasa. Daripada kita yang tidak punya apa-apa kepada seorang yang punya sesuatu yang luar biasa. Ia nya satu proses pembelajaran. Semalam, Allah izin utk diri menyelak buku JOM edisi ke-4 berjudul 'Tarbiyah luas biasa!'
"Tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah" -Mustafa Masyhur
Mengapa segala-galanya bermula dgn tarbiyyah? Aneh bukan?
Segala-galanya bermula dengan tarbiyyah kerana ia berjaya melahirkan insan yang punya ruh yg berjalan dengan kemuliaan akhlak dan kebersihan jiwanya. formula, tarbiyah = mengubah.
Apa fungsinya jika kita punya segalanya tapi 'ruh' nya tiada... Sehebat mana kita pun dan secanggih mana pun peralatan yang kita guna untuk memajukan diri dan bangsa pasti tidak dapat dicapai kejayaannya jika ruh itu tiada.. Teringat saya bagaimana Mahatma Gandhi bersungguh selama bertahun-tahun untuk memerdekakan India drpd cengkaman British. Tapi sayang, kerana Islam itu tiada..maka usaha yang dibuat tidak menjadi.
Namun ada juga berlaku bila mana ramai yang mengikuti tarbiyyah selama bertahun tetapi akhlak dan diri mereka masih berada dalam fasa yang sama. Sebenarnya, tarbiyyah itu mengubah..Jika tidak, mungkin kita masih lagi berada dalam 'confort zone' kita sendiri.
peringatan buat diri saya juga...

Tuesday, April 1, 2014
Dah bersedia?
Assalamualaikum wbt,
"fix your relationship with Him, He will fix the rest."
Ku kira, entry ini merupakan yang pertama yang pernah kucoretkan di sini. Moga Allah jadikan setiap gerak jemari yang bergerak ini sebagai satu ibadah utkNya. Moga terhindar daripada menulis sesuatu yang sia-sia.
Minggu ni punya urusan dunia yang lebih mencabar berbanding dengan minggu-minggu sebelum ini. Punya dua interview kerja sementara( guru tadika dan guru sukarela) juga tentang isu berumah tangga. Siapa sangka, begitu cepat masa berlalu hinggakan terasa masih basah kenangan ku ketika di bangku sekolah. Tapi kerana perancangan Allah disusun secara yang terbaik buat hambaNya, alhamdulillah dapat ku teruskan juga hari-hari ini dengan bermakna.
Minggu ini terasa hati diuji dengan bertubi-tubi. Hati sangat-sangat terasa keluh-kesah hinggakan orang-orang di sekelilingku juga menyedari ada kelainan pada diriku ini. Terasa bahawa diri ini perlukan satu kekuatan untuk menolak ke hadapan. Adakah diriku bersedia?
Pada usia begini, masing-masing punya cerita hati yang ingin dibicarakan. Rata-rata diusia begini kisah ini bukanlah satu kisah yang ajaib sekiranya terdengar bahawa ada di antara sahabat kita yang telah pun mendirikan rumah tangga, yang bertunang ataupun yang telah melahirkan zuriat. Diri ini juga menerima percikan tempiasnya. Ada yang masih risau memikirkan mengenai diri yang masih belum berpunya, namun sudah kah kita bertanya pada diri, adakah diriku bersedia?
Tatkala diri asyik dengan kisah kita di dunia, masih ada yang perlu kita ingati melebihi kehendak diri yang sepatutnya. Kisah pembunuhan saudara kita yang tidak terbela, kisah saudara kita yang masih enak dengan buaian dunia, siapakah yang bakal membela? Allahu..hati ini merasa jauhnya dengan mereka...
hati ini juga leka dengan mainan dunia.. :'(
Jika kita jaga hubungan dengan Allah pasti Allah akan menjaga hubungan kita yang selebihnya...
teringang moolog dalam diri:
diri,
kalau mati, dah bawa bekal apa untuk jumpa Allah nanti? :'(
takut-taku nnt bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah tidak mahu melihat pun diri ini di hadapanNya. nanges laju2.. :'(
Banyak benda yang perlu difikir...Banyak perkara yang perlu diteliti...
Moga Allah bantu utk diri ini menyiapkan persiapan diri utk membawa bekal ke dunia yang lebih kekal dan tempias barokahnya terasa buat diri ini di dunia..Ameeen..

Wednesday, February 5, 2014
kembali ke dunia realiti
Alhamdulillah, Allah izin untuk masih lagi menghirup udara kasihNya untuk hari ini.
tiga tahun berlalu dengan sangat cepat. =')
tiga tahun berlalu dengan sangat cepat. =')
Monday, August 19, 2013
Yakinlah! dan pejamkan mata!
teringat kisah Sang Nabi ketika di Badar,
Di padang yg tandus dan kering, Sang nabi berdoa,
"Ya Allah, jika Kau biarkan pasukan ini binasa, Kau x akan disembah lagi di muka bumi!" Gementar bahu nabi, hinggakan selendang dibahunya turut luruh.....

Abu Bakar, mengambil kembali selendang Nabi sambil berkata,
"Demi Allah, Dia tidak akan pernah mengingkari janjiNya padamu"
Pada masa yg sama, Abu Jahal juga b'doa,
"Jika yg dibawa oleh Muhammad itu benar dari sisiMu, hujani saja kami dari langit dgn batu!"
berbeza dgn doa nabi, di mana Abu Jahal begitu naif dgn apa yg dibawa hinggakan sangup dihujani dgn batu. Begitu bangga dan merasakan bahawa dialah yg benar.senario ini berbeza sekali dgn para peyakin sejati, di mana mereka tidak tahu apa yg bakal berlaku sesudah itu, ttp sangat yakin dgn satu kaidah yg suci, bahwa "Jika ini perintah Ilahi, Dia tidak akan menyia-nyiakan iman dan amal kami.."Lalu mereka bertindak.
Seperti kisah Nabi Nuh yg membuat kapal, seperti nabi Ibrahim yg menyembelih Ismail, seperti Nabi Musa yg bertembung dgn Firaun dgn lisannya yg gagap dan dgn dosa membunuh, dan seperti kisah Sang Nabi bersama para sahabat di medan Badar. kerana keyakinan bahawa Allah tidak akan menyiakan setiap usaha mereka,lalu mereka melakukannya dgn yakin ..=')
Ketika ini, umat Islam di Mesir, Palestin, dan di mana-mana sahaja sedang diuji. Pasti ada yang menerbitkan sejuta pertanyaan dan kesedihan melihat keluarga seakidah kita diperlakukan sebegitu. Perlawanan antara al-Haq dan batil. Antara Yakin dan naif....
ingatlah wahai orang-orang yg beriman,
Kerana sesungguhnya Syurga itu hanya bt mereka yg yakin dan berusaha dgn bersungguh-sungguh, maka Allah akan menguji manusia untuk melihat sejauh mana mereka betul-betul beriman kepadaNya seperti kisah nabi-nabi dan para sahabt dahulu yg juga diuji.
Beruntunglah buat mereka yang diuji dan mereka sabar dalam keyakinan bahawa Allah tidak akan menyiakan amal mereka. Moga Allah memberi kemenangan kepada al-Haq.
Yakinlah bahawa kemenangan itu pasti... =')
Subscribe to:
Posts (Atom)