Monday, May 20, 2013

Kerana Cinta, aku di sini..

teringang-ngiang kata seorg akhwat yg ku kira cukup memberi inspirasi buat diri yang masih lagi bertatih-tatih..

Dakwah itu cinta..
kerana dengan cinta....
kita bisa tersendiri akan ke hadapan...
Enggak perlu di psycho-psycho...

tarbiyyah di sepanjang cuti autumn pada tahun lepas yang kukira sgt manisss utk kucoretkan d sini. Terasa seperti 'pulang ke kampung tarbiyyah' semasa di sana. merasakan setiap kekuatan akhwat2 yang ada...

kagum melihat qudwah seorang indonesia membuatkan diri ini juga tersipu malu tatkala mengenang kembali setiap kekurangan dan lopong-lopong yang ada pada diri. Antara kisah yang masih lagi membasahkan hati ialah cerita mengenai Saidina Bilal bin Rabah di mana kekuatan nya menjangkau kadar kewarasan manusia.




Bagaimana Umayyah bin Khalaf ,tuan kepada Bilal tidak henti-henti menyiksa hanya kerana Bilal enggan menyembah Latta dan Uzza. Bilal, diheret di tengah pada pasir yang sangat jauh di mana pada siang hari; cahaya mataharinya sangat terik sekali. Disiksanya Bilal secara bergilir bersama sahabat Umaiyyah yang lain hingga kan dikatakan isi pada pinggul Bilal terkeluar dan pecah-pecah. Hanya kerana Bilal menyebut, ahad',ahad'secara tidak henti-henti... ahad' (yakni esa,satu,tiada yang lain) perkataan suci daripada surah al-ikhlas yang pada ketika itu, merupakan wahyu yang ke-19.

Mengalir air mata mengenangkan betapa sucinya dan gigih sahabat terdahulu berusaha mempertahankan islam pada diri mereka. Betapa diri mereka seakan tertanam kukuh rasa cinta kepada Allah melebihi daripada segala-gala. Jika dibandingkan dengan diri ini...Masakan jauh sekali =')

Ukhti tersebut berujar lagi, hanya kerana Islam... darjat seseorang itu diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Di mana, Bilal dahulu nya seorang hamba, digelar sebagai 'ibnu sauda' gelaran bagi 'anak kepada perempuan yang berkulit hitam' kini namanya teriang di bumi hinggakan seluruh penduduk di langit juga menyebut namanya Bilal hingga ke hari ini... =')

Manusia memang mudah lupa dengan pengajaran kisah-kisah dahulu. Kisah di mana ketika para sahabat terdahulu terlebih dahulu diuji dan keimanan mereka digoncang dengan segoncang-goncangnya untuk memperhambakan diri mereka kepada Sang Pencipta. Kisah di mana mereka dipulau, dimaki, dibaling dengan batu, dilukai, dihina ketika mempertahankan Islam.Masakan manusia mudah lupa... ='(




[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat



"Jalan dakwah ini sememangnya bukan ditabur dengan bunga-bunga  dan dengan permaidani merah..ada kalanya ia menuntut kesabaran yang melebihi daripada kebiasaan..Ingat, janji Allah itu pasti buat hambaNya yang sentiasa bersabar dan redha dengan ujian yang menimpa.."


Tatkala, ketika Allah 'menjentik lembut' diri dengan ujian sebagai nikmat, bersabarlah kerana ujian ini merupakan tanda Sang Pencipta rindu untuk bertemu dengan hambaNya. Mana mungkin syurga dapat dihuni oleh orang yang biasa-biasa? =')




[47:31] Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.






Sunday, October 21, 2012

Tentang kamu.aku.Dia =']


akhwat,

bila mana butir kata-kata tidak bisa terluah,
ku mau kau tau ...
diriku melihat dirimu dari jauh...
terasa seperti samar2 kelihatan...
kutau kau perlukan satu kekuatan dan satu pelukan erat2 untuk mengurangkan kegelisahan mu...
mengurangkan keletihan yang melanda dirimu..
ingin aja berlari memelukmu erat2..
membuatkan hatimu bisa berbunga kembali seperti saat kita mula-mula bertemu dahulu.. ='[

Ya Allah, smpaikan deru-deru angin kepadanya bahawa ku rindu sahabatku di sana...
kami pernah menangis, bergembira dan bercerita bersama...
tpi kini, aku hanya mampu melihat dia dari jauh..
jauh sekali.. ='[


rasa resah. mengenangkan org yang tersayang sepertinya terasa jauh sekali. pada mulanya merasakan bahawa diri ini sahaja yang terasa duri nya. namun, akhwat laen juga terasa. bukan diri ini sahaja. ='[

semalam Allah izin utk sama2 m'bedah' buku virus-vurus ukhwah karangan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah.

3 kekuatan umat islam:
iman
ukhwah
material

mencintai sesama mukmin dan mengikat tali ukhwah merupakan suatu perbuatan yg penting. Ukhwah ini apabila seseorang itu memahami bahawa hubungan bersaudara yang dikecapi bukan nya atas dasar materialistik semata- mata, tapi atas dasar Allah..

kerana ikatan persaudaraan muslim ini paling berharga yang pernah terbentuk sesama manusia.

"sesungguhnya org mukmin itu adalah bersaudara." (49:10)

"dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dlm hati mereka, sdg mereka merasa bersaudara, duduk berhadap-hadapan dipan-diapan." (15:47)


Allah lenyapkan segala dendam yang ada dalam diri dan Allah campakkan rasa kecintaan dalam hati orang-orang yang beriman. kelopak mataku panas. ada butir-butir air mata yang mengalir bila membaca buku ini. sangat2 merasaka bahawa hati ini perlu digilap lagi dek kerana karat-karat dosa yang melampau. ='[


aku berujar: ia adalah saudaraku
mereka bertanya: saudara dari kerabatmu?
kusahut: kemiripan adalah kekerabatan
bagiku, kekerabatan adalah idea, azam dan semangat
walau garis moyang kami jauh berbeda....

wahai akhwat, aku merindui semangat mu itu...azam mu yg kamu kongsikan bersamaku...untuk meninggikan himmahku kembali, melonjakkan diri ku untuk menjadi batu-bata yang terbina atas dasar kasihNya..aku syg kamu kerana Allah.. ='[


“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti
bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orangorang
yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling
mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku"






Wednesday, September 26, 2012

Death.Heaven.Me

Ya Allah,
kepalaku terasa pening sekali. 
Pagi tadi, ketika mencari-cari handsock romate yg dipinjam, 
kepalaku sudah mula berdenyut. 
Mungkin aku terlalu risau memikirkan barang pinjaman yg dipinjam.
rasanya ini kali pertama kepalaku terasa pening2, 
terasa juga sepertinya badan ini tiba-tiba hendak terjatuh ke bawah.
denyutannya malah makin menjadi-jadi dlm perjalan ku ke uni tadi


tiba-tiba hati terdetik, "eh, dah nak sampai ajal kah aku nie?kenapa tiba-tiba rasa tak sedap badan?" 


aku mulakan langkah ke uni dgn menghadam tazkirah kematian yg kurasa. Kematian sememangnya tidak mengenal masa,dan telah ditulis pun di Luh Mahfuz tarikh, masa dan kejadian yg akan berlaku ketika ajal menjengah. 
sama ada pengakhiran kita baik, ataupun tidak...semuanya merupakan refleksi kepada amal dan ibadah yang telah kita lakukan di 'sini'.


pernah diri ini terfikir, bagaimana pengakhiranku nanti, bagaimana tanggungjawabku dgn orang-orang disekeliling? baba. mama, adek bradik, sahabat2, dan orang2 laen yang tersayang tak kiralah walau di mana pun mereka berada. 


pernah terasa iri hati bila mendengar kisah sahabat-sahabat nabi saw seperti Bilal yg gemersik kakinya didengar Rasulullah saw dlm setiap mimpi malam baginda. Aishh diri, angan-angan melangit tinggi, tapi 'kerja' cikit. hik


ada satu ketika, seorang akhwat menulis dlm post fb, 


 " Membayangkan hari pertama di syurga.
Riang di hati tatkala pertama kali melihat wajah Allah..

Tersungkur sujud hati penuh rasa bahagia.. Kemudian
memandang Rasulullah dan para sahabat berjalan jalan di suatu sudut.. Terpaku, hati merasakan enigma kebahagiaan yang menderu deru. 
Memanggil satu persatu nama mereka yg dicintai lalu mereka
muncul di hadapan mata sebelum kerdipan yg pertama.. 










  Keriangan bermain dan bergembira di dalam taman syurga yang indah lagi mendamaikan.. Ucapan salam bertalu talu dihadiahkan..

Suasana yg sangat sangat indah.. 
Tuhan, izinkan kami kesana..
Kekampung halaman kami.. Tempat ayah kami Adam dan ibu
 Hawa pertama kali diciptakan..
Izinkan kami.. Sepertimana Kau anugerahkan kami dengan islam pada kali pertamanya..kurniakanlah kami dengan rahmatmu, syurga yang abadi.. " 


kelopak mataku terasa panas. Terasa satu ketenangan yg sangat2 menusuk kalbu tatkala membaca bait-bait ayat di atas. Tergambar keriangan wajah hamba Allah yg benar-benar ingin berlari menuju ke arah redhaanNya. hamba-hamba yg sanggup menggadaikan segala-galanya hanya utk Dia. 

baru-baru ini terasa sangat-sangat lemah. seperti level bateri 'semangatku' makin sedikit dan perlu d'charge semula. Allah, terasa diri ini makin menunjukkan 'belang2 emosi' yang tidak terkawal, membuatkan makin byk hati-hati lain terasa dgn tingkah laku sendiri dan makin juga terasa hati dengan yang laen T_T


bila memikirkan kisah mereka yang ku sayang, hati makin terasa sebak. mungkin ada lopong 'baldiku' yang belum tertampal, bak kata seorang akhwat.

Harapnya ketika ajal datang menjemputku, ketika itu...hatiku masih tertaut padaNya, masih ada bunga-bunga cinta bersama hambaNya dan aku bisa menjumpai mereka yang kurindui di sana.

Saturday, September 22, 2012

Up up to Broklynn Hill..

Hari ini kami mendaki bukit Broklynn. Teringat hasrat seorg akhwat yg ingin melihat kincir angin di mana kelibatnya dapat dilihat jauh nun daripada jendela rumahku.

Walaupun, diri ini bukanlah peminat dlm melakukan aktiviti 'outdoor' seperti mendaki bukit, ku kuatkan juga kaki ini melangkah kerana ku tau, ada ibrah yg boleh diperoleh ketika mendaki nanti. And alhamdulillah, Allah know the best. I got something throughout the journey. And my whole day untuk hari ini. =']

Pemandangan ketika berada di atas puncak

Kincir angin yang 'osem'

Akhwat tersayang.. =]

Subhanallah, pemadangan yang x dapat nak digambar dgn kata2. Sememangnya indera mata merupakan kamera yang terbaek. betapa setiap nikmat yang Allah berikan itu sangat2 bernilai sekiranya manusia sendiri merasai dan bersyukur dengan nikmat diberikan. sudah lama tidak merasai setiap detik keindahan iptaan Ilahi bersama akhwat yang tersayang.
Selesai mendaki, bersuka ria bersama dan sesi photo shoot, kami berkumpul beramai-ramai untuk bersama b'kongsi ibrah masing-masing. Salah seorang drpd kami berkongsi tentang kisah sebuah kincir angin bisa menjana kuasa untuk tujuh orang yang laen, teringat kisah dalam buku bagaimana menyentuh hati,


"kisah sebuah stesen jana kuasa yang boleh menjanakan kuasanya ke terminal-terminal eletrik yang laen. sekiranya stesen ini tidak menjanakan kuasanya, maka x sampailah kuasa eletrik tue kepada terminal-terminal eletrik yang laen.."

Seperti seorang murabbi, yang menjanakan kuasanya kepada mutarabbi yang laen. jika murabbi tue x janakan kuasanya, maka x sampailah dakwah tue kepada mutarrabi.
Malah ada juga yang berkongsi tentang ukhwah yang harus dipereratkan lagi sesama akhwat. mungkin kerana masing-masing sedang merasai kegersangan hati yang berlaku. Dan kurangnya aktiviti ukhwah bersama.Jadi, sepertinya masing-masing inginkan support sistem yg kuat untuk sama-sama berpegang tangan ke JannahNya. itulah bezanya ukhwah dan friendship. Bila mana seorang itu mengakui bahawa dia cintakan Allah dan Rasul, maka dengan sendirinya dia akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diri dan orang-orang disekelilingnya.

"tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.." 

"orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah yang Maha Penyayang akan menanamkan rasa kasih dan sayang ke dalam hati mereka.."

Betullah kata orang yang; seharusnya ayat peringatan ini harus diulang-ulang supaya sebati dengan kehidupan seharian. Kami juga berkongsi mengenai cara-cara untuk lebih membasahkan hati. hati ini sangat-sangat fergile malah lebih fergile daripada kaca. kalau x sentiasa dicuci, dan digilap....makin menjadi-jadi masalah diri yang dialami. ketika turun dari bukit, kami berkongsi lagi. masing-masing menyatakan konklusi bahawa permasalah diri yang berlaku, kerana ada masalah hati antara manusia dengan Allah sendiri. 




ketika pulang ke rumah,malam tadi,sewaktu sibuk mencari-cari video yang boleh d'download sebagai makanan roh dan hati, seorang akhwat berkongsi sebuah blog yang menjadi antara 'Favorite' akhwat tersebut blog untuk dibaca. Alhamdulillah, Allah izin untukku membaca setiap bait-bait indah yang dilakarkan dlm blog penulis tersebut...



aku terkedu. 


wahai diri, teliti kembali sejauh mana hubunganmu dengan Dia? masih punya lopong-lopong yang perlu diisi lagi. kan Allah dah pujuk dalam ayat-ayatNya yang Dia selalu ada bersama?


"Bukankah Dia(Allah) yang menciptakan langit dan bumi yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang terpandang indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (daripada kebenaran)"



"Bukankah Dia (Allah) yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam,yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya,yang menjadikan gunung-gunung untuk mengokohkannya dan yang menjadikan suatu pemisah antara dua laut?Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui."



"Bukankah Dia(Allah) yang memperkenankan (doa) orang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu(manusia) sebagai khalifah(pemimpin) di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."



"Bukankah Dia(Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) ratmatNya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Mahatinggi Allah terhadap apa yang mereka bersekutukan." 

An-Naml: 60-63



Allah ajarkan Rasulullah saw dan terus mengajarkan manusia untuk bertawakkal kepadaNya, yang punya kuasa untuk segalanya. Memang jika kita berseorangan kita tidak mampu, tapi dengan Allah di sisi, kita mampu menghadapi setiap masalah yang dihadapi =']

setiap kesakitan dan ujian itu ada penawarnya. Ubatnya, pulang semula kepada Allah...mungkin kerana masalah hati yang berterusan membuatkan malah-masalah lain juga timbul. moga Allah terus membiarkan hati ini basah agar bisa membasahkan hati-hati yang laen juga.
Jazakunallah hu khairan kaseera akhwat buat setiap detik-detik manis untuk hari ini. Wallahu'alam








Sunday, July 29, 2012

kamu ada Dia..

Kubaca pesanan ringkas yg kuterima drpd seorg sister Di Malaysia;

"Waalaikumslm...insya Allah...Allah dan rasul xpernah mengecewakan..janji Allah tu pasti. Hakikatnya apa yg dah kita infaqkan pada jalan ni dah pon berada kt syurga...harta2 yg menunggu kita di syurga. Allah kan x tgk hasil, Allah tgk usaha. Bila rasa down, cukup la janji Allah jadi penambah semangat ...kemenangan tu milik hamba2Nya yg sabar....chayok!"


Pembakar semangat yg kuterima drpd seorang ukhti yg tidak henti2 mengajarku erti menjadi seorg hamba. Buat diriku yang masih lagi belajar dan bertatih dlm melaksanakan amanat daripada Sang Pencipta.

sgt2 terharu tatkala diriku membaca setiap bait ayat2 yang ditulis oleh ukhti, sgt2 menusuk jiwa...
ku pesan pada diriku;

wahai jiwa yg bergelar Daie,
ku tau...kamu berada dlm kegelisahan,
dlm kegusaran tatkala ingin menjalankan perintahNya,
merasakan kekurangan dlm segenap penjuru dirimu,

tapi

wahai jiwa yg bergelar Daie,
kuatkanlah tekadmu...pasakkanlah langkah mu tatkala dirimu dikerumuni bisikan2 sebegitu
kerana ku mahu kau tahu bahawa,
Dia sentiasa bersamamu...
memudahkan urusanmu...
'memeluk' dirimu erat2 dikala kamu kegelisahan..
memberi pelindungan dan janji bahawa tiap2 yg berlaku pada dirimu,
ada suatu balasan yg indah menanti...

Wahai jiwa yg bergelar Daie,
bersabarlah bila mana dirimu diuji,
mana mungkin urusan membina manusia ini mudah?
mana mungkin islam dpt tertegak dlm jiwa manusia dgn hanya pada pertemuan yg pertama?
bersabarlah...bersabarlah dlm meneruskan urusan Rasulmu..

wahai jiwa yg bergelar Daie,
ikhlaskanlah dirimu, ikhlaskanlah dirimu, ikhlaskanlah dirimu
kerana setiap jiwa yg kehausan kasih sayang itu,
memerlukan seorg Daie yg benar2 ikhlas dlm menjalankan perintahnya,
seorg Daie yg tidak pernah berputus asa,
seorg Daie yg bisa memaniskan muka,
seorg Daie yg bisa menyejukkan mata,
dan seorg Daie yg tidak pernah merasakan bahawa setiap apa yg diperoleh adalah menjadi bebanan yg berat buatnya...
kerana kamu ada Dia =']