Sunday, July 29, 2012

kamu ada Dia..

Kubaca pesanan ringkas yg kuterima drpd seorg sister Di Malaysia;

"Waalaikumslm...insya Allah...Allah dan rasul xpernah mengecewakan..janji Allah tu pasti. Hakikatnya apa yg dah kita infaqkan pada jalan ni dah pon berada kt syurga...harta2 yg menunggu kita di syurga. Allah kan x tgk hasil, Allah tgk usaha. Bila rasa down, cukup la janji Allah jadi penambah semangat ...kemenangan tu milik hamba2Nya yg sabar....chayok!"


Pembakar semangat yg kuterima drpd seorang ukhti yg tidak henti2 mengajarku erti menjadi seorg hamba. Buat diriku yang masih lagi belajar dan bertatih dlm melaksanakan amanat daripada Sang Pencipta.

sgt2 terharu tatkala diriku membaca setiap bait ayat2 yang ditulis oleh ukhti, sgt2 menusuk jiwa...
ku pesan pada diriku;

wahai jiwa yg bergelar Daie,
ku tau...kamu berada dlm kegelisahan,
dlm kegusaran tatkala ingin menjalankan perintahNya,
merasakan kekurangan dlm segenap penjuru dirimu,

tapi

wahai jiwa yg bergelar Daie,
kuatkanlah tekadmu...pasakkanlah langkah mu tatkala dirimu dikerumuni bisikan2 sebegitu
kerana ku mahu kau tahu bahawa,
Dia sentiasa bersamamu...
memudahkan urusanmu...
'memeluk' dirimu erat2 dikala kamu kegelisahan..
memberi pelindungan dan janji bahawa tiap2 yg berlaku pada dirimu,
ada suatu balasan yg indah menanti...

Wahai jiwa yg bergelar Daie,
bersabarlah bila mana dirimu diuji,
mana mungkin urusan membina manusia ini mudah?
mana mungkin islam dpt tertegak dlm jiwa manusia dgn hanya pada pertemuan yg pertama?
bersabarlah...bersabarlah dlm meneruskan urusan Rasulmu..

wahai jiwa yg bergelar Daie,
ikhlaskanlah dirimu, ikhlaskanlah dirimu, ikhlaskanlah dirimu
kerana setiap jiwa yg kehausan kasih sayang itu,
memerlukan seorg Daie yg benar2 ikhlas dlm menjalankan perintahnya,
seorg Daie yg tidak pernah berputus asa,
seorg Daie yg bisa memaniskan muka,
seorg Daie yg bisa menyejukkan mata,
dan seorg Daie yg tidak pernah merasakan bahawa setiap apa yg diperoleh adalah menjadi bebanan yg berat buatnya...
kerana kamu ada Dia =']









Thursday, June 21, 2012

mencari secebis kekuatan....

Hari ini sebenarnya diseliputi dgn perasaan yg sebak sgt2. Entah. Diriku terasa seperti sgt2 tidak tentu arah mengenangkan setiap janjiku kpd Dia. Ya Allah, sgt2 byk yg belum terlunas dan belum terlaksana....hanya banyak dgn angan2 kosong yg bisa kukira hanya sekadar utk menyenangkan diriku sendiri.

Berehat seketika utk menghirup udara sekadar dgn niat hanya utk mengurangkan rasa ngantuk pada diri. Terdetik hati utk menekan huruf2 pada 'keyboard' laptop pinjaman dari perpustakaan di sini. Ku taip perkataan 'islam' pada ruang search di youtube. Video yg menarik hatiku, How bible lead me to islam...

sgt2 tersentuh tatkala mendengar kisah brother di Amerika ini. Terasa bila mana kulihat setiap usaha yg dibuat utk mencari Sang Pencipta. Pencariannya dlm setiap dimensi agama yg berbeza-beza; agama Buddha, Hindu, Confusius, Nihilism dan byk lg...  teringang di mindaku soalan yg ditanya dlm setiap agama,

" Do u have 'the book'?" 

kitab yg bisa mguatkan lg pegangannya utk mencari agama yg sebenar. Alhmdulillah, hidayah dtg menjemput nya tatkala diri dibuai dgn persoalan yg membuak-buak. Dia kagum melihat setiap ayat2 dalam al-quran...Brother itu menyampaikan juga amanat yg kukira, mengentap diriku juga di sini. Mengenai kisah menjelajahannya ke seluruh dunia utk menceritakan kisah nya kepada semua. bukan hanya pada saudara seislam. tetapi pada orang-orang yg masih lg belum memeluk islam. orang2 yg masih lg asyik dgn dunia mereka sendiri. Amanah mengenai, kebenaran islam yg telah kita peroleh di bumi Allah ini.

Aku juga islam. tetapi, sejauh mana diri ini telah mengakui keislamanku di sini? sejauh mana tanggungjawabku telah terlaksana? Sejauh mana jiwa2 manusia di sini bisaku islamkan? Hanya kerana egoku yg tidak dpt kutepis...Aku telah membunuh banyak jiwa2 yg meronta memerlukan pertolongan. Teringat kisah nabi dan para sahabat yg tidak henti-henti menyebarkan risalah Agung. memikirkan masalah umat dlm setiap detik dan jiwa mereka... mengorbankan diri, masa dan semuanya utk islam. bahkan Rasulullah saw hanya tidur selama 3 jam shj setiap hari... sedangkan diriku, terlebih-lebih dlm setiap perkara...

Ya Allah... hanya linangan air mata yg mengiringi setiap detik saat pada ketika ini. memikirkan, usaha ku yg hanya sedikit... memikirkan betapa ramai umat islam yg juga msih mencari-cari islam dlm diri mereka juga tidak terkira, inikan pula orang-orang yg tidak seaqidah dgnku yg laen... Moga Allah pemimpin setiap hatiku, dan hati2 saudara2ku yg juga bersama dlm menjadi batu2 kecil utk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Moga Allah berikan kekuatan... =']  






Tuesday, June 19, 2012

Exam mood

Alhamdulillah... Allah izinkan jari-jemari ini utk menari-nari meluahkan kata-kata,
dan Allah izin kan juga diri ini utk masih lagi bernafas menghirup segala nikmat2 di bumi atas nama abid dan khalifah..

manis dan pahitnya segala yg diberikan itu jua adalah nikmat spy ianya dpt meninggikan darjat kita utk menjadi hmbaNya yg lebih bersyukur. Insya Allah.. =]

sekadar ingin b'kongsi sebuah hadis yg mungkin saya kira sgt2 t'kesan buat diri tatkala mgu exam makin menjengah....masing2 sibuk dgn urusan. Haranpya setiap usaha ini bisa menjadi saksi dihadapan Nya dan juga dikira sbg ibadah.

daripada Ibnu Umar r.a b'kata, " Rasulullah saw memegang bahu seraya b'sabda, 'jadilah engkau di dunia ini seperti org asing atau pengembara.' Ibnu Umar b'kata , 'Jika kamu berada di wkt petang, jgnlah menunggu wktnya pagi. Dan jika kamu berada di wkt pagi, jgnlah menunggu sampainya wkt petang. Gunakanlah wkt sehatmu untuk masa sakitmu, dan masa hidupmu utk masa kematianmu." (HR Muslim- hadis 42)

sgt2 t'kesan dgn ayat 'sekiranya kamu di wkt petang, jgnlah menunggu wktnya pagi.'Di wkt usia muda inilah, jiwa2 kita sgt2 diperlukan utk diperdagangkan di atas jalanNya. Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi, Mus'Ab bin Umair, Zaid bin Harithah dan byk lg sahabat laen masing2 menjadikan masa muda mereka sebagai taruhan. mereka berusaha tanpa melihat kepada perkara yg akan berlaku selepas itu. Mereka melakukan nya atas dasar cinta dan perasaan tnpa ragu kepada Nya. Kerana, mereka yakin dgn janjiNya,

" Wahai org2 yg b'iman! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yg dpt menyelamatkan kamu drpd azab yg pedih? iaitu kamu b'iman kepada Allah dan rasulNya dan b'jihad di jalan Allah dgn harta dan jiwamu.Itulah yg lbh baik bagi kamu jika kamu mengetahui.." as-saff:10-11

oleh kerana itu, mereka All-out sehabis mungkin kerana mereka mengetahui bahwa Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Dan saya kira, konsep ini seharusnya digunakan juga oleh kita, kerana ia tidak hanya untuk sahabat2 nabi yg 'terdahulu. Kita juga seharusnya All-out sehabis mungkin dlm apa jua ibadah yg dilakukan yakni dlm berdakwah dan juga dlm menuntut ilmu pengetahuan. Gunakanlah masa muda ini sehabis mungkin utk mencari keredhaanNya. Setiap kepayahan hidup yg diharungi dlm menggapai matlamat yg ditujui sememangnya menguji. tpi, ingatlah bahawa Allah tidak akan membebani hambanya melebihi kesanggupan diri dan Allah berikan kesenangan sesudah kesusahan yg diperoleh...

'Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai melakukan sesuatu, maka lakukanlah pekerjaa laen dgn b'sungguh-sungguh. Dan kepada tuhanmulah kamu berharap.." 94: 5-8



Pernah juga terdetik perasaan cemburu melihat sahabat2 yg masing2 berlari menuju redhaNya, hinggakan diri ini terlupa bahawa study juga merupakan antara salah satu drpd jihad kecil yg dpt dilakukan. tpi, study ini bukanlah segalanya-galanya, kerana kita punya matlamat laen yg lebih didambakan.....kerana takut-takut study itu mengatasi yg laen   =]

Thursday, May 10, 2012

kamu, bintangku...

wahai bintang,
ingin ku kisarkn satu cerita...
kisah ttg dirimu,
yg sgt menyinar b'bnding bintang-bintang yg pernah ku lihat sblm ini..
malah sinaranmu membuatkan aku sendiri t'paku..

wahai bintang,
jujur diri ini katakn di sini,
bahawa kamu sgt menyinari hari2 ku..
hinggakan sinaran mu membuatkn aku tersenyum dlm hari2 ku..
bahkan air mataku jg berjuraian tatkala mengingatimu...
kerana mungkin aku sedang menyayangimu lbh drpd diriku sendiri...

wahai bintang,
teruslah bersinar lebih terang secantik bintang2 yg pernah kau sanjungi...
aku tidak pernah meragui sinaranmu kerana engkau istimewa buatku...
aku cma mahu kau tahu yg aku b'sama mu..
dan tidak lebih dari itu..
teruskan bersinar wahai bintang...
kerana aku bersamamu, selalu... <3


Alhamdulillah,
Allah berikan peluang sekali lg utk mengenalimu dgn lebih dekat,
Allah berikan peluang utk dirimu mengenaliNya dgn lebih erat.
Sgt2 t'haru melihat dirimu yg begitu berusaha utk mencari redha Sang Penciptamu.
Teruskanlah melangkah walaupun badai dan onak sememangnya akan menghiasi jln2 hidupmu... Sayang kamu kerana Allah. =']








Tuesday, May 8, 2012

jom bina diri.

" Anda adalah murabbi untuk diri anda sendiri.."

Bagai mana anda punya angan2 yang melangit tinggi utk org laen..
mimpikan juga seperti itu utk diri anda sendiri..
jgn hnya meletakkan matlamat yg menggunung tinggi utk org laen,
hinggakn kita lupa bhw diri juga perlu diisi, diper'elok' , dan di'tarbiah' sepanjang masa.. yoshhh!!