Saturday, January 7, 2012

kesakitan itu rahmat..... =]

"Suffering is a gift, in it is hidden mercy..."

Kata2 yg dipetik drpd sorg insan yg teramat aku syg.

Siapa sgka, org muda yg sihat,
kuat tulang empat keratnya bisa bisa aja lemah tidak bermaya secara tiba-tiba. Siapa sangka seorang jutawan yg punya harta ribuan ringgit bisa muflis sekelip mata
dan siapa juga sangka bayi yg sedang dipangkuan ibunya tertidur utk selama-lamanya tatkala ajal dtg menjengah....

Setiap ujian yg menimpa diri, tiada sesiapa yg boleh menekanya...
beruntunglah bagi yg menerimanya seadanya..
merasakan kemanisan dlm setiap kesakitan yg menimpa..
dan bersyukur dgn setiap detik masa ketika ditarbiahNya...
tetapi bagi yg tidak dpt menerimanya,
pasti ada yg menyalahkan Pencipta dgn segala ujian yg menimpa..


Cuti ini bagaikan satu jalan tarbiah yg panjang....
Aku cba belajar....dan belajar lg mengenai dunia ini...
cba mengamati setiap 'pelajaran' yg diberi spy dlm setiap 'pelajaran' itu...
bisa terkesan di hati utk dijadikan satu titik kekuatan......

Ku punya seorg insan yg kukira aku menyayanginya kerana DIA...
dia, Z yg  tidak menyenangi jlnku kerana kisah silam dahulu...
tetapi kerana kesakitan yg diberikanNya, buat aku dan dia makin rapat dan erat...
MasyaAllah....Dia bukakan pintu hatinya utk mencari Dia dgn seluas-luasnya...
aku sgt2 terharu...dan ucapan syukur yg tidak terhingga ku ucap kan sebagai tanda syukur...
Alhmdllh....Alhmdllh...Alhmdllh......

targetku cuti ini...cuba utk menjadikan org2 disekelilingku sbg mad'u..

teringat kata2 ustaz,


"Murabbi yg baek tidak akan memilih.Dia akan menyampaikan kpd sesiapa shj manusia yg bisa dijadikannya sebagai mutarabbi....."

"Dakwah itu kan seni. Kita boleh guna apa2 shj cara utk menyampaikam...."

makin lama bersama dgnnya,
makin rapat...
pergi hospital sama2....
makan sama2....
sharing sama2...
gelak sama2...
dan Z bercerita...


"hg sgt2 beruntung.....masuk usrah yg bgus, kt uni Z...bdk2 usrah ckit pn x mau jwb salam klu Z bg salam..siap jeling2 lg...."

"tue al-quran yg tanda2 tue, bdk2 usrah suka bt...x suka tgk hg buat...."

tersentap jgk apabila Z bercerita mengenai kisah usrah di uninya. takot2 aku juga pernah berperilaku seperti itu dgn bdk2 di uni ku. Tapi itu juga merupakan pengajaran yg ble aku kongsikan dgn sahabat2 ku...spy berakhlak mulia dgn semua....

Z mula bca buku islami.....
mula bca solusi,
bca buku mengenai tariq bin ziad....
suka bila dia berkongsi dgnku tentang kisah syurga dan kisah Al-Buruj dulu......
dan kisah perang tariq yg lbh sengit jika nak dibandingkan dgn kesakitannya....
Z mula bca tafsir al-quran...
dan yg paling terharu...
Z mintaku belikan dia Al-quran tafsir dan penanda warna2 spy dia juga boleh tanda...
ayat yg dia suka....=']

ku harap.....Allah redha dgn kami berdua....
mungkin masa yg diisi ini Allah berikan spy kami lbh rapat lg.....
aku selalu ckp dgn Z....kesakitan yg Allah diberikan itu adalah kafarah dosa.....
setiap kesakitan yg dia peroleh nnt....
setiap tangisan dan air mata yg mengalir.......ble 'claim' dkt DIA nnt....
klu Z ble masuk syurga....aku selalu minta dia tarik aku sama.....
aminnnnnn....moga Allah perkenankan segalanya...<3

Monday, December 26, 2011

Ahmad Tariq bin Ziad...

Pahlawan islam yg sblm ini mungkin...
x pernah terlintas pn utk ku bca mngenai dirinya atas alasan hidupku yg begitu 'cbuk' dgn hal2 urusan dunia..
aku pernah b'monolog sndiri...

"malas nak bca semua cita2 mcm nie....bnyk bnda laen lg yg kna aku cover, bku uni la, tue la...nie laa.."

huh...itula aku...yg dlu {-___-*}

tapi kali ini, Allah cmpakkan rsa teringin utk bca sebuah bku psal panglima Tariq bin Ziad..
setiap langkahnya disusun b'dasarkan sirah2 yg tedahulu..
termasuklah pemilihan tentera yg bakal berperang..
mereka dipilih berdasarkan amalan solat tahajud yg dilakukan malam2...
akhlak nya...MasyaAllah..supep!!

dialah antara tokoh yg berjaya menakluki kota Andalus...
Panglima Tariq memimpin 12 ribu org tentera islam...
melawan tentera kafir sbyk 100 ribu lbh org..
peperangan demi peperangan...Akhirnya..
panglima Tariq berjaya menakluki kota Andalusia.
yg dahulunya di bawah pimpinan kejam Raja Roderiga

Panglima Tariq menaikkan semangat jihad di hati tentera islam..
dgn membakar semua kapal2 yg mereka naiki dari Afrika ke Andalusia..
teringat kata2 panglima,

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ad di depan kalian, ke manakah kalian mahu lari?Demi Allah, apa yg kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran.."


x dpt nak bayangkan getaran dan ke'excited'an tentera islam yg bersungguh-sungguh utk mati syahid demi memperoleh syurgaNya...
betapa yg mereka fikirkan hanyalah utk mati syahid yg merupakan jln pintas utk ke syurga...

digambarkan dlm buku tersebut ciri2 peperangan dlm islam yg sgt2 suci...
contohnya, peperangan bukan nya berlandaskan nafsu..
tapi utk membantu rakyat2 yg ditindas drpd terus tertindas..
jika mereka(musuh) berada dlm rumah atau di rumah2 ibadat...
dgn usik mereka...ataupun bunuh klu mereka tidak bermaksud utk memusuhi kita...
jgn bunuh kanak2, org tua dan wanita...

akhlak yg ditonjolkan pon sgt2 mulia...
teringat kata2 panglima Tariq bin Ziad...

"jika mereka memberi layanan yg baik kepada kamu, kamu patut memberikan yg lbh baik lg kpd mereka..."

sgt2 la bagus akhlak mereka ketika itu...
jeles tgk tentera islam...
bersungguh-sungguh nak tegakkan islam..
bila tgk pemuda pemudi islam sekarang nie...
dah x mcm dulu...
semua cbuk dgn mainan PS3, masterchef, K-Pop, dan mcm2 lagi...

semua jiwa-jiwa jihad...seperti telah hilang dibawa tiupan angin...
x perlu berkata mengenai perihal org laen...
diri sendiri juga malu tatkala membaca buku mngenai umat terdahulu...
kuatnya iman depa...x goyah pn dgn apa2 jua dugaan...
smpaikan berjaya menarik ribuan org memasuki islam...
huh...{-______-*}


jadi...kena usaha lbih lagi...lebih lg...dan lebih lg...

Wednesday, December 21, 2011

mencari sumber yg baru...

fasa mencari sumber-sumber yg boleh dipercayai mengenai tokoh2 islam...
harap dpt mnfaat drinya...Insylh

Wednesday, December 14, 2011

seriuskah aku?!

"Dunia adalah penjara bg mukmin.."

Tatkala diuji secara b'tubi-tubi, ayat ini selalu teriang-ngiang dlm mindaku.Aku juga akui, diri yg lemah ini jga terkadang tersilap langkah dlm meniti 'duri' hari-hari. Adakalanya tidak tertahan juga air mata ini mengalir...berjurai apabila sedang meminta dikuatkan jasad.

Walaupun mengerti bahawa bila diri ini makin ingin dekat denganNya...makin menjadi-jadi ujian yg dtg utk menguji adakah hmbaNya ini  betul2 ingin utk berkasih dgnNya...

tidak terluah dgn kata-kata utk 'bercerita' kepada mereka yg belum mengerti dgn ujian yg menimpa diri. biarlah Dia sahaja yg mngetahui.

Bingung diriku utk memilih antara dua...kedua-duanya perlu utk ku jaga. Kedua-dua tanggungjwb ini jga wajib kupikul. teringat kisah silam dahulu spnjg cutiku yg 'kosong' tanpa apa-apa. Aku begitu leka hinggakan aku 'hilang' segala-gala. Aku tidak mahu peristiwa itu berulang kembali. Aku tidak mahu berpatah semula kepada duniaku yg dulu.Sgt kelam..Sgt kelam...

Aku mahu 'SERIUS' dlm kedua-duanya. teringat kata2 ustaz, bertanya kepada kami mengenai seriuskah kami dlm jln ini? apakah laluan ku nnt makin meninggi?mendatar?ataupn merudum? aku cuba utk berusaha spy ia makin meninggi...aku mahu Dia redha dgn setiap amalku. tidak sanggupku melihat amalanku beterbangan seperti debu...aku mahu Dia redha dgn amalanku,kerana Dia matlamatku.

doaku bahawa biarlah diri ini beroleh apa yg diperlukan utk diri ini terus kuat kerana hanya Dia shj yg mengetahui sgla isi hati.

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Penghijrahan Nabi dan para sahabat yg sgt2 suci...
sggup utk menggadaikan harta, nyawa, jiwa demi Islam yg t'cinta
sggup b'jalan berbatu-batu..tanpa aircond..RnR tepi jln...tnpa tndas yg proper mcm skrg nie..
plus makanan yg x ckup mcm kita..

sekarang, klu lapar...still ble brenti kt RnR n order nasi goreng ka, karipap ka.
nie...mmg  makanan dan bekalan air sgt2 terhad..
bkn tue sja, mereka b'hijrah kpd seorg yg jahiliyyah kpd sorg yg taat kpd perintah Allah..
meninggalkan segala-galanya utk Dia...

masyallah...hebatnya manusia sebegini..
tapi klu la para sahabt dan bginda tgk umat islam skrg...
mesti  baginda dan mereka sedey..
sbb org islam skrg dah hilang nilai2 sbgai seorg islam..

smpaikan org islam sendiri terpaksa ckp dkt non-muslim..
"klu nak tgk islam yg btol2, jgn tgk org islam tue...tpi explore islam tue sendiri.."

harapnya taun nie, aku dpt jdi 'cerminan islam tue sendiri'
walaupn mungkin x byk...ckit pn jdi la..aminn